Apr 282014
 

Sebenarnya dah lama aku nak buat grafik vector jenis rujuk gambar orang ni. Sebab tengok kawan dan orang lain buat macam gempak je. Aku pun tak pernah try lagi buat vector yang merujuk kepada gambar orang walaupun aku dah agak pandai guna Adobe Illustrator.

Untuk mengisi masa senggang aku sebelum tidur sepanjang hujung minggu yang lepas, aku pun try la buat untuk percubaan kali pertamanya.

(Gambar) Hanis Zalikha Versi Grafik Vector

So untuk model rujukan, aku try guna gambar Hanis Zalikha yang macam kat atas ni.

Aku guna gambar ni sebab gambar ni macam awesome gila. Dia punya outfit, background dan angle shoot dia memang terbaiklah. 

Setelah meneliti beberapa video tutorial kat youtube dan website yang sewaktu dengannya, aku pun mulalah proses menghasilkan gambar Hanis Zalikha versi grafik vector ni. Takde la susah mana pun. Cuma kena rajinlah sebab kena buat banyak layer.

(Gambar) Hanis Zalikha Versi Grafik Vector

Proses trace layer by layer. Separuh jalan..

Sebab aku buat pun ala kadar je, cuma nak mengisi waktu lapang sebelum tidur di hujung minggu yang agak membosankan ni, so aku buat cincai je. Dalam 3 malam conteng-conteng, inilah hasilnya.

LIHAT JUGA:  (Gambar) Motosikal Tunda Kereta Di Jepun Yang Gempak!

(Gambar) Hanis Zalikha Versi Grafik Vector

Nak kata cepat tu mungkin ada orang lain yang boleh buat lebih laju. Kalau aku agak laju tu mungkin sebab aku dah hafal kebanyakan short-cut software adobe ni. So cepat la sikit. Hehehe.

Apa pendapat korang dengan hasil ni? Ok tak?

P/s: Siapa-siapa ada projek freelance grafik bolehlah hulur-hulur sikit. Hehee..

(Visited 27 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK