Apr 072014
 

Tahukah anda  Will.i.am dari kumpulan Black Eyed Peas telah mencipta satu gajet smartwatch phone yang gempak? Ternyata beliau bukan saja berbakat dalam nyanyian tetapi juga berbakat untuk mencipta gajet.

Gajet Smartwatch Phone Ciptaan William Yang Gempak

Jika dilihat, smartwatch tersebut agak besar dan tebal tetapi sememangnya bergaya untuk dipakai. Fungsinya bukan sebagai side-kick smartphone, tetapi ianya adalah smartphone. Ia mampu melakukan panggilan seperti smartphone serta mempunyai apps seperti twitter, facebook dan lain-lain lagi. Selain itu ianya juga mempunyai speaker untuk mendegar muzik. Memang terbaik untuk dipakai semasa melakukan senaman atau apa jua aktiviti.

Apa pun lihatlah sendiri demo yang dilakukan oleh Will.i.am sendiri dalam video ini. Memang terbaik! 

 

(Visited 31 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  (Fakta) Tahukah Anda Ini Apple Watch Yang Pertama

LIKE KAMI DI FACEBOOK