Apr 072014
 

Bertuahnya anak Rozita Che Wan. Dah dapat 8A SPM. Tup-tup mak dia nak bagi sejibik kereta BMW X6.

Anak Rozita Che Wan Dapat BMW X6 Kerana 8A SPM

Mengikut sebuah blog info harga kereta, harga sebijik BMW X6 ini adalah mencecah hampir RM700,000 dan harga untuk varian M boleh mencapai RM1 juta. Tapi tak pasti sama ada Che Ta nak beli kereta baru atau second-hand. Apa pun, berikut adalah berita dari sebuah akhbar tempatan: 

_ _ _ _ _ _ _ _

BMW X6 merupakan hadiah paling ‘cool’ apabila mendapat keputusan cemerlang 8A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Beruntung sungguh Ammar Effendy kerana usaha kerasnya mengulang kaji pelajaran hingga memperoleh keputusan cemerlang membolehkan dia memiliki kereta sport yang menjadi idaman ramai lelaki.

Ibunya, pelakon jelita, Rozita Che Wan, nampaknya tidak sabar-sabar lagi mahu melunaskan hajat anak lelaki kesayangannya itu.

Bercakap kepada media, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta berkata, anaknya itu perlu menunggu dia dan suaminya, Zain Saidin menguruskan pembelian kereta baru untuk keluarga itu.

LIHAT JUGA:  (Gambar) Aaron Aziz Tidur Sekatil Dengan Maya Karin

Che Ta dan suami merancang membeli kereta baru yang lebih besar memandangkan dia kini sedang hamil dan ahli keluarga akan bertambah.

Berita via Sinar Harian

_ _ _ _ _ _

P/s: Biarlah dah dia mampu..

(Visited 102 times, 1 visits today)

Comments

  1. […] hari lepas kami ada update pasal anak Che Ta yang bakal dapat BMW X6 kerana 8A dalam SPM. Namun ianya dinafikan beliau kerana beliau mahukan Audi R8. […]


LIKE KAMI DI FACEBOOK