Mar 182014
 

Assalamualaikum.

Bagi yang pelik kenapa tiba-tiba ada update dari blog ni dan pelik dari mana munculnya admin yang dah lama dilupakan ni, di sini ada segala jawapan yang korang inginkan. Apa pun maaf bagi yang tertunggu-tunggu admin di blog dan fan page facebook.

Kemana admin menghilang?

Sebenarnya, admin tak hilang cuma sibuk dengan saat-saat yang memenatkan untuk menghabiskan praktikal selama 6 bulan. Bila selalu sangat blur dan pening dan penat dengan praktikal, benda lain pun tak terkejar. Cuma fikir nak survive dan habiskan praktikal tersebut. Alhamdulillah pada tarikh 21 Februari 2014 tamatlah sesi praktikal yang mencabar fizikal dan mental saya.

Admin FItrihadi

Gambar awal tahun 2014. Semoga tahun ni baik-baik saja.

Masa praktikal ni ada part best dan tak bestnya. Part yang best tentulah sebab dapat rakan kerja yang sporting. Dan pasal kerja of course la banyak, jadi senang la nak isi buku log praktikal tapi…. penat sangatttt. Tu belum masuk part sakit kepala nak perah otak fikir pasal semua kerja yang diberikan. Elaun pulak… bolehlah. Saya ada bincang kat twitter pasal elaun yang saya dapat dan elaun yang orang lain dapat. Ternyata respon yang saya terima menunjukkan elaun saya tak seberapa sangat. Tak berbaloi dengan penat dan sakit kepala yang saya hadapi. Kalau diikutkan income online saya untuk sebulan berganda-ganda banyaknya dari elaun praktikal yang saya dapat. Kadang-kadang saya fikir senang-senang je sesebuah company tu pergunakan budak praktikal untuk buat semua kerja yang memenatkan tapi upahnya tak seberapa sangat.

Okay tutup cerita pasal praktikal. Sekarang, dah hampir sebulan dari tarikh akhir admin habis praktikal. Dalam jangka masa ni, for sure lah sibuk dengan proses pindah rumah balik kampung dan enjoy dengan family setelah berbulan-bulan tak balik kampung. Jadi hari ni admin kembali nganga depan laptop ni untuk aktif dalam dunia perkongsian maklumat dan blogging ni.

Pasal kerjaya, admin ingat nak tumpukan kepada kerja-kerja online ni dulu. Buat masa sekarang income memang boleh tampung perbelanjaan seharian walaupun secara part time semasa praktikal. Dan kalau boleh dapat lebih lumayan lagi selepas ini, admin teruskan kerjaya online ni. Kalau tak okey, siapa-siapa yang nak offer saya kerja dalam bidang multimedia bolehlah habaq kat chek. heheh.. Apa pun saya lebih suka kerja sendiri. Tak sakit kepala, tak perlu nak terkejar-kejar deadline, tak perlu nak terkejar-kejar punch card dan tak perlu nak hadap majikan yang kadang-kadang boleh buat pekerja jadi stress. Orang kata jadi usahawan sendiri ni rezeki dia luas. Insha-Allah..

Kes kehilangan Pesawat MH370

Awal pagi masa berita ni keluar agak terkejut jugak sebab jarang pesawat yang canggih nak hilang macam tu je dari radar. Makin hari insiden kehilangan pesawat MH370 ni makin panas. Dan tak kurang juga lahirnya golongan bijak pandai yang tak bertauliah. Dengan yang buat lawak, yang pandai-pandai buat spekulasi, yang post gambar yang tak berkatian dengan insiden ni pastu caption letak #MH370 dan yang paling menyedihkan bila dunia luar melihat adegan Tok Moh (bomoh) yang saban hari diperlekehkan menjadi bahan ketawa seluruh dunia.

Bagi yang follow aku kat twitter tu tahulah aku ada update sikit pasal MH370 ni. Ada beberapa tweet aku yang mendapat jumlah RT tertinggi antaranya;

 

 

Apa pun, sama-samalah kita doakan keselamatan krew dan penumpang pesawat MH370 agar cepat dijumpai dan dapat dirungkaikan misteri kehilangannya. Ingatlah doa itu sentiasa didengari oleh Allah SWT. Dan bak kata Tun Dr. Mahathir di laman twitternya; Kita bukan gagal, tapi belum berjaya.

LIHAT JUGA:  Terima Kasih Emak Kerana Menjadikan Saya Seorang Fitrihadi. Selamat Hari Lahir Yang Ke 60!

Facebook, twitter, instagram dan youtube.

Untuk pengetahuan, Fitrihadi.com ada mewujudkan beberapa medium sosial yang lain. Dalam masa aku sibuk praktikal, ada antara medium sosial ni tak aktif dan ada yang aktif.

Facebook

Untuk fan page Fitrihadi.com ni memang kurang atau boleh dikatakan langsung tak berupdate. Sebab bila penat dengan kerja-kerja praktikal jadi mood nak update tu agak kurang sikit. Balik kerja terus tertidur kepenatan. Time kerja nak mengelat update pun susah sebab ada je kerja yang diberikan. Nak buat kerja selain kerja company pun rasa bersalah.

Sehingga saat entry ni ditulis, bilangan liker di fan page facebook adalah 8589 sahaja. Tak banyak pun seperti page-page lain. Saya hanya blogger biasa je.

Twitter

Untuk laman twitter Fitrihadi.com, memang tak putus-putus saya update. Sekadar berkongsi apa yang perlu dan melepaskan lelah selepas penat dengan kerja-kerja praktikal. Selalunya diupdate selepas balik kerja la. Dan semasa kes kehilangan pesawat MH370 tersebut tweet saya ada yang mendapat perhatian pengguna twitter sama ada dari dalam negara mahupun di luar negara.

Twitter Fitrihadidotcom

Jemput follow :)

Sehingga saat entry ni ditulis, bilangan follower di twitter adalah 1683 sahaja. Sikit je. Tak macam blogger-blogger lain yang hot dan ramai pengikut. Saya tweet biasa-biasa je :)

Instagram

Untuk laman instagram, saya fokuskan pada kehidupan peribadi saya. Sekadar menjadi diari untuk mengingati tarikh dan gambar yang penting untuk diingati pada masa hadapan. Siapa nak follow bolehlah follow. Nanti saya follow balik. Semasa kehilangan saya ni, laman instagram agak aktif sebab ada beberapa perkara yang best berlaku. Tak lupa juga ada gambar makanan yang sedap-sedap. Keh3..

Youtube

Mungkin ramai yang tak tahu Fitrihadi.com mempunyai sebuah laman youtube yang diberi nama FitrihadiTV. Tujuannya hanyalah berkongsi pelbagai video yang menarik dan terbaik. Alhamdulillah laman youtube ini mendapat sambutan yang menggalakkan. Insha-Allah admin akan berkongsi lebih banyak lagi video yang menarik untuk dikongsi bersama. Sudi-sudilah subscribe untuk mendapatkan video yang menarik dari kami.

youtube fitrihadiTV

Jemput subscribe :)

Sehingga saat entry ni ditulis, bilangan subscriber untuk laman youtube Fitrihadi.com adalah 5132 sahaja.

Rasanya cukuplah setakat ini saya berkongsi tentang hidup saya kebelakangan ini. Ada banyak lagi entry yang akan menyusul selepas ini. Akhir kata, sama-sama kita doakan agar misteri kehilangan MH370 ini terungkai. Wassalam…

 

PrayForMH370

#PrayForMH370

 

Looking for best place to buy domain name at affordable price with reliable services and great customer support? Well, there are many top domain registrars available on the web which can be used for buying your domain with reliable service. Here are best domain registrar 2016-2017 by using these companies you can easily get desired available website name at reasonable rate as well as they also offer web hosting solution to host your site contents. Choose the best one which fulfills your need and requirement.

(Visited 31 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK