Mar 242014
 

Agak terkejut kami mendengar berita dari PM Najib Razak sendiri yang mengatakan Pesawat MH370 hilang di Lautan Hindi. Beliau yang memberikan pengumuman itu sendiri pada sidang media jam 10 malam dilihat agak dukacita dengan berita ini.

Berita PM Najib Sahkan Pesawat MH370 Hilang Di Lautan Hindi

Untuk maklumat lanjutkan, satu sidang media akan diadakan pada esok pagi. Sementara itu bolehlah baca press statement dan artikel berita dibawah: 

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

PM NAJIB RAZAK’S PRESS STATEMENT ON MH370

24 MARCH 2014, 10PM

This evening I was briefed by representatives from the UK Air Accidents Investigation Branch (AAIB). They informed me that Inmarsat, the UK company that provided the satellite data which indicated the northern and southern corridors, has been performing further calculations on the data. Using a type of analysis never before used in an investigation of this sort, they have been able to shed more light on MH370’s flight path.

Based on their new analysis, Inmarsat and the AAIB have concluded that MH370 flew along the southern corridor, and that its last position was in the middle of the Indian Ocean, west of Perth.

This is a remote location, far from any possible landing sites. It is therefore with deep sadness and regret that I must inform you that, according to this new data, flight MH370 ended in the southern Indian Ocean.

We will be holding a press conference tomorrow with further details. In the meantime, we wanted to inform you of this new development at the earliest opportunity. We share this information out of a commitment to openness and respect for the families, two principles which have guided this investigation.

Malaysia Airlines have already spoken to the families of the passengers and crew to inform them of this development. For them, the past few weeks have been heartbreaking; I know this news must be harder still. I urge the media to respect their privacy, and to allow them the space they need at this difficult time.

LIHAT JUGA:  (Artikel) Perkongsian Kapten Nik Ahmad Huzlan Tentang MH370 Yang Hilang

ENDS

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

Berita Berkaitan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan bahawa pesawat MH370 yang tidak dapat dikesan sejak 8 Mac lalu hilang di Lautan Hindi.

Dalam sidang media tergempar yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, beliau berkata, maklumat tersebut diperoleh dari data terbaru yang dianalisis oleh Inmarsat, syarikat United Kingdom yang menyediakan data satelit dan  Air Accidents Investigation Branch (AAIB).

“Berdasarkan maklumat yang diterima, saya dengan dukacitanya memaklumkan penerbangan pesawat MH370 telah berakhir di selatan Lautan Hindi,”

“Maklumat ini telah diterima dan dianalisis AAIB berdasarkan data satelit yang disalurkan oleh Inmarsat,” katanya dalam persidangan media hari ini.

Menurutnya, berdasarkan teknik analisis yang belum pernah digunakan dalam siasatan sebegitu, mereka mendapat lebih banyak petunjuk mengenai laluan penerbangan MH370.

Beliau berkata, data terbaru menunjukkan MH370 telah meneruskan penerbangannya ke koridor selatan dan hilang di pertengahan Laut Hindi di barat Perth.

“Kawasan ini terpencil, jauh daripada sebarang kawasan yang boleh dilakukan pendaratan,” kata Najib lagi.

Menurutnya, perkembangan terbaru dalam usaha pencarian pesawat itu telah dimaklumkan terlebih dahulu kepada pihak keluarga penumpang dan krew.

Beliau turut memberikan jaminan untuk memaklumkan sebarang perkembangan terbaru mengenai MH370 dan berharap keluarga penumpang dan pesawat dapat menerima berita ini dengan tabah.

Berita via Sinar Harian

mh370 hindi oceon condolence

(Visited 26 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK