Jan 182014
 

Dulu pernah kami kongsikan keadaan negara arab seperti Mesir, Syria dan lain-lain lagi yang dilanda salji. Sememangnya mereka disana amatlah kesejukan. Untuk meringankan beban mereka yang memerlukan, satu kempen derma ‘Selimut Untuk Syria‘ telah dilancarkan oleh VolunteersKL.

kempen derma selimut untuk syria

 

Sebanyak 1000 helai selimut akan disumbangkan kepada saudara seislam kita di khemah-khemah pelarian di Jordan.

Bagi yang ingin menderma, bolehlah membuat sumbangan sebanyak RM35 untuk sehelai selimut. Kalau tak cukup duit, bolehlah berkongsi dengan keluarga mahupun rakan-rakan.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun MAYBANK saudara Ahmad Suhaimi bin Md Aris bernombor 1647 6209 8102.

Untuk sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi cikgu Ahmad di talian 017-360 5526

Tarikh tutup sumbangan adalah 13 Februari 2014 kerana sukarelawan VolunteersKL akan ke Jordan mulai 18 Februari 2014 untuk menjayakan misi bantuan ini.

Semoga setiap yang terlibat dalam misi ini mahupun yang memberikan sumbangan akan beroleh kesenangan dan rahmat dari Allah SWT. Insha-Allah..

(Visited 65 times, 2 visits today)
LIHAT JUGA:  Fit.charity – Supportlah Konsert Amal Kau Dihatiku

LIKE KAMI DI FACEBOOK