Jan 192014
 

Pada hari Sabtu, 18 Januari 2014 telah berlangsung satu pelancaran kereta Proton Suprima S Super Premium yang terbaru.

Gambar Proton Suprima S Super Premium Terbaru 2014

Beberapa gambar model baru tersebut turut dikongsi dan ternyata ianya yang lebih sporty dan bergaya. Ianya dilengkapi rim ‘sporty’ 17 inci, kerusi kulit dan body kit R3 dan enjin 1.6 liter turbo tujuh kelajuan serta ciri pemanduan dan pengendalian Lotus yang dinamik.

Harga jualan bermula pada RM 87,929.45. Bolehlah lihat beberapa gambar di bawah sebelum memilikinya: 

 

Gambar Proton Suprima S Super Premium Terbaru 2014

 

Gambar Proton Suprima S Super Premium Terbaru 2014

 

Gambar Proton Suprima S Super Premium Terbaru 2014

Gambar Proton Suprima S Super Premium 2014

 

Petikan artikel berita berkenaan kereta terbaru dari Proton ini:

MELAKA: Proton Holdings Bhd (Proton) hari ini melancarkan varian baharu Proton Suprima yang diberi nama Suprima S Super Premium, yang menampilkan ciri-ciri lebih ‘sporty’ berbanding varian terdahulu.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Proton Datuk Lukman Ibrahim berkata varian ketiga yang menampilkan dua warna iaitu ‘Fire Red’ dan ‘Solid White’ itu dijual pada harga RM87,929.45.

“Suprima S Super Premium yang merupakan produk terbaik Proton, dilengkapi pelbagai ciri yang lebih komprehensif dari segi pencapaian, gaya, keselamatan, pemanduan dinamik dan canggih,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran varian tersebut di Karnival Jualan Proton di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, di sini hari ini.

LIHAT JUGA:  (Gambar) Modifikasi BMW 6 Series F12 Atau F13 Yang Gempak

Beliau berkata Suprima S Super Premium dilengkapi rim ‘sporty’ 17 inci, kerusi kulit dan body kit R3 dan enjin 1.6 liter turbo tujuh kelajuan serta cirri pemanduan dan pengendalian Lotus yang dinamik.

Katanya Proton Suprima S Super Premium turut dilengkapi Teknologi HPF (Hot Press Forming) yang memberi perlindungan yang lebih baik, enam beg udara selain dianugerah penarafan keselamatan lima bintang Program Penilaian Kereta Baharu Australiasia (ANCAP).

Lukman berkata dengan pelancaran varian terbaharu itu, pembeli tidak perlu membuat ubah suai pada kereta mereka untuk memiliki kenderaan yang lebih sporty dan memberi nilai pulangan yang lebih berbanding varian sebelumnya.

Beliau berkata Proton menyasarkan untuk menjual 750 unit varian itu setiap bulan, sama seperti dua varian terdahulu iaitu ‘executive’ yang dijual pada harga RM76,338 dan premium RM79,638.

“Kita telah berjaya menjual lebih 2,000 unit varian ‘executive’ dan premium sejak dilancarkan pada Ogos tahun lepas,” katanya.

Diskaun RM1,888 diberikan kepada pembeli yang membuat tempahan pada Karnival Jualan Proton yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam, dan pengunjung boleh memandu uji varian terbaharu itu di karnival tersebut.

via Astro Awani

(Visited 187 times, 1 visits today)

Comments

  1. Alfa says:

    Assalamualaikum wbt tuan rumah. Terima kasih di atas perkongsian yang menarik ni. Teruskan update!!!

  2. Pembesar Penis says:

    salam kenal sob ijin baca artikelnya . makasih

  3. zik says:

    walawehh.. smart jugak suprima s super.. nama panjang sangat lah.. hehe

  4. Assalammu alaikum Bro
    makasih banyak artikelnya
    smoga bermanfaat ya
    salam dari Bali

  5. Nampak macam gempak je kereta ni…nk beli belom mampu..huhuhu


LIKE KAMI DI FACEBOOK