Jan 182014
 

Erkk.. Betul ke apa yang dikatakan oleh DS Tengku Adnan bahawa penyokong pembangkang adalah punca harga barang naik?

penyokong pembangkang punca harga barang naik

Apa buktinya? Cuba baca petikan berita dari akhbar Berita Harian online ni: 

_ _ _ _

KUALA LUMPUR: Kenaikan harga barang yang kini dihadapi rakyat adalah berpunca daripada orang tengah yang juga penyokong pembangkang bagi memburukkan Barisan Nasional (BN).

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahateraan Bandar, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata kenaikan yang berlaku adalah disebabkan usaha memburukkan BN yang sentiasa berusaha untuk menjaga kebajikan rakyat.

“Orang tengah yang menyokong pakatan pembangkang mengambil kesempatan supaya rakyat membenci BN dan tidak melihat usaha kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sentiasa mengutamakan rakyat,” katanya selepas merasmikan Majlis Maulidur Rasul anjuran Persatuan Masyarakat Acheh Malaysia di sini, hari ini.

via Berita Harian Online

_ _ _ _ _ _

FH: Apa pendapat anda? Siapa yang salah sebenarnya ni? Apapun kita gak yang kena tanggung kos sara hidup dan harga barang yang meningkat. Adeh..

(Visited 3 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  Banyak Rupanya Akaun Sosial Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara ni | Si Penghina Islam...

Comments

  1. akubiomed says:

    Macam-macam hal orang politiknya. Rakyat juga tetap perlu menampung kos sara hidup yang mula meningkat.

  2. Kos sara hidup asyik naik je…bila la nak turun agaknya,kalau pembangkang memerintah pun belum tentu turun…


LIKE KAMI DI FACEBOOK