Jan 072014
 

Agak kejam membaca berita tentang seorang ibu tiri sumbat cili ke dalam kemaluan dan mulut anaknya.

Berita Ibu Tiri Sumbat Cili Dalam Kemaluan Dan Mulut Anak

Ibu jenis apakah ini. Sedangkan haiwan pun sayangkan anaknya. Adehh…

_ _ _ _ _ _ _

KAJANG: Seorang ibu tiri sanggup mendera anak perempuannya, 11, dengan memasukkan cili yang ditumbuk lumat sebelum memasukkan ke dalam kemaluan dan mulut mangsa dalam kejadian di Tasik Kesuma, Beranang pagi Sabtu lalu.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, perbuatan kejam ibu tiri, 31, terbabit turut disaksikan dua beradik serta nenek mangsa yang sudah uzur namun mereka tidak mampu berbuat apa-apa.

Difahamkan ketika kejadian bapa mangsa tiada di rumah kerana urusan kerja.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, hasil pemeriksaan mendapati ibu tiri mangsa pernah mendera mangsa sejak setahun lalu dengan menekap sudu panas ke badan mangsa sehingga meninggalkan kesan parut.

“Tidak tahan dengan perbuatan ibu tirinya itu, mangsa kemudian nekad pergi ke rumah ibu saudara yang tinggal di kawasan berhampiran dan menceritakan kejadian yang dialami sebelum bertindak membuat laporan polis sebelum suspek ditahan jam 4 petang pada hari yang sama,” katanya pada sidang media di sini.

LIHAT JUGA:  (Kontroversi) Drama Sahara Astro Prima Hina Wanita Berniqab?

Beliau berkata, suspek berusia 31 tahun itu ditahan reman selama tiga hari bermula hari tangkapan dan dilanjutkan sehingga Khamis ini.

_ _ _ _ _ _

P/s: Ibu tiri ni baik sebenarnya. Bukanlah seperti yang digembar-gemburkan dalam filem dan drama. Tapi kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

(Visited 38 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK