Dec 012013
 

Agak terkejut kami mendengar berita kematian Paul Walker pelakon Fast and Furious dalam satu kemalangan kereta.

paul walker accident

Berita tersebut telah menjadi panas dan tersebar melalui laman sosial ke serata dunia hari ini.

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

PELAKON utama filem Fast & Furious, Paul Walker dilaporkan terbunuh dalam satu kemalangan tengah hari semalam di Selatan California, lapor TMZ.

Kemalangan berlaku di Santa Clarita, apabila Porsche dinaiki Paul dan seorang lagi individu terbabas lalu melanggar pokok.

Kereta berkenaan terbakar dan meletup.

Pihak berkuasa masih menyiasat kemalangan itu tetapi TMZ melaporkan kedua-duanya terbunuh.

Ia masih belum jelas siapa yang memandu ketika itu.

Pihak berkuasa memberitahu stesen TV CBS 2 di Los Angeles bahawa kemalangan itu berlaku pada jam 3.30 petang namun identiti mangsa tidak didedahkan lagi.

Menurut sumber, Paul berada di Santa Clarita untuk majlis amal pertunjukan kereta bagi menyokong mangsa bencana alam di Filipina.

LIHAT JUGA:  (Video) Bayi Dilambung & Dihempas Pembantu Rumah

Paul membawa kawannya menaiki Porsche GT barunya dan kemalangan berlaku semasa salah satu pusingan ujian tersebut.

via Sinar Harian

paul walker accident

(Visited 53 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK