Dec 142013
 

Bercakap tentang bisnes online pasti akan ada seorang icon atau sumber inpirasi yang membuatkan kita bersemangat untuk mencari rezeki di alam siber ini.

Bagi saya icon atau sumber inspirasi saya adalah saudara Irfan Khairi. Sejak saya mula menceburkan diri dalam dunia internet ini, memang beliaulah yang membuatkan saya teruja ingin bekerja sendiri di rumah. Beliaulah yang mengajar erti kebebasan bekerja dan kebebasan kewangan yang sebenarnya.

icon bisnes online irfan khairi

Kisah kejayaan beliau bermula apabila beliau mencapai status jutawan pada usia 25 tahun. Perjalanan beliau untuk menjadi jutawan tercetus selepas beliau bekerja di sebuah syarikat besar di UK dan mendapat ilham menjalankan perniagaan internet. Beliau dikatakan memulakan perniagaan internet iaitu menjual peta. Pada masa itu, belum ada GPS. Kalau ada pun harganya agak mahal. Tapi dengan menjual peta kepada pelancong secara online, beliau mampu meraih pendapatan berlipat ganda. Dengan pendapatan dari perniagaan internet yang berlipat ganda, beliau melepaskan pekerjaan beliau di UK dan meneruskan perjuangan menjadi seorang usahawan internet yang berjaya hanya dengan sebuah komputer dan sambungan internet serta bekerja sepenuh masa hanya di rumah. Beliau seterusnya memperbanyakkan cabang perniagaan beliau dan bukan hanya pergantung pada satu jenis perniagaan sahaja.

Selepas berjaya mencapai status jutawan, beliau mula menulis beberapa buku untuk menolong rakyat Malaysia menceburi bidang perniagaan internet. Dari situ juga beliau mendapat pendapatan pasif. Ternyata beliau bijak menggunakan peluang yang ada untuk menjana pendapatan. Untuk beliau menjadi jutawan bukanlah mengambil masa sehari dua, tapi 7 tahun lamanya kerana impian beliau untuk menjadi jutawan sudah dipupuk sejak berumur 18 tahun iaitu selepas SPM.

Beliau pernah berkongsi tentang kehidupan beliau sepanjang bekerja di rumah, beliau mempunyai sebuah bilik khas untuk bekerja. Bilik tersebut lengkap dengan kerusi rehat yang selesa untuk memikirkan idea kreatif serta kelengkapan komputer riba yang lengkap dengan internet. Selain itu, beliau juga kurang tidur untuk bekerja lebih masa sehingga pagi buta. Dengan bekerja pada malam hari sehingga pagi, beliau kurang di ganggu keluarga. Dengan itu, masa bekerja yang panjang bermakna banyak juga pendapatan yang terhasil.

irfan khairi quote

Kehidupannya cukup sederhana. Penampilannya sederhana tanpa pakaian yang mahal-mahal atau bergaya dengan kot berjenama. Tiada kereta mewah yang mahal dan gah. Tiada rumah sebesar istana tinggi menggunung. Cukup sekadar memiliki hidup yang selesa bersama keluarga yang bahagia disamping isteri dan anak-anaknya. Inilah contoh manusia yang sederhana dalam kehidupan. Contoh sederhana yang dituntut dalam Islam.

Hari ini, beliau bukan saja menjadi icon bisnes online yang berjaya, tapi beliau juga menjalankan pelbagai jenis perniagaan untuk mengekalkan status jutawan. Antara perniagaannya yang berjaya termasuk mereka cipta E-book, mereka cipta laman web dan grafik, perkhidmatan SEO (Search Engine Optimization), menjual peta, penempahan hotel, perunding multimedia, E-Niaga, dan e-pembelajaran. Beliau juga sudah mengeluarkan majalah bulanan yang diberi nama Majalah IK. Terlalu banyak cabang yang diceburi beliau untuk menjadi usahawan berjaya. Inilah contoh yang kita inginkan. Jangan bergantung pada satu pendapatan sahaja. Kena pelbagaikan pintu rezeki barulah boleh mencapai title jutawan internet. Bak kata mat salleh; “Don’t put all eggs in one basket”.

LIHAT JUGA:  Bisnes Online menurut pandangan Fitrihadi

Follow beliau di facebook:

 

BONUS: Apa Irfan Khairi ajar saya tentang perniagaan internet yang berjaya?

  • buat benda yang kita minat. Dan tukarkan minat tu jadi sumber pendapatan. Be creative :)
  • mesti ada disiplin yang tinggi. Kalau malas dan asyik bertangguh, rezeki pun malas dan tertangguh.
  • sentiasa fokus dan mempunyai perancangan. Study dulu baru buat. Jangan main hentam je. Sentiasa bereksperimen.
  • anggap kegagalan itu satu peluang bukan sebagai penghalang. So kalau gagal just relax tak perlu panik.
  • sentiasa berjimat cermat. Orang kaya jarang boros kecuali duit dia dah berlambak tak tahu nak buat apa..
  • kreatif dalam membuat keputusan. Sentiasa think out of box. Paling koman pun, pakcik google kan ada. dari situ banyak idea untuk jadi kreatif.
  • pandai menguruskan diri dan perniagaan. Untuk pandai uruskan sesuatu kenalah banyak membaca dan belajar. Jangan malas ye
  • mudah bergaul supaya pelanggan mudah ‘melekat’. Ini bos saya ajar. Kalau mesra dengan semua orang, insha Allah rezeki mudah datang
  • pelbagaikan sumber pendapatan. Lihat saja saudara Irfan Khairi. Bukan sekadar produk online, beliau juga mengeluarkan buku, majalah, coaching event dan pernah juga mengeluarkan album lagu. Berjaya atau tak itu, belakang kira. Yang penting cuba dulu. Biar kita gagal kerana mencuba, jangan gagal dan menyesal kerana tak cuba.

P/s: Semoga artikel ini bermanfaat untuk rujukan bakal usahawan berjaya. Terima kasih kerana membaca :)

Contest iPhone 5s – Revolusi Bisnes Online ini dibawakan untuk anda oleh Wanita dan Ibu Bisnes Online Dari Rumah dan Pengedar Shaklee Terbaik Malaysia. Contest ini ditaja olehMamaSihat.Com bersama Kumpulan Pengedar Shaklee di bawah Rangkaian Pengedar Shaklee Malaysia yang menyediakan kepakaran dalam Set Kesuburan Shaklee untuk ikhtiar hamil, Set Kehamilan Shaklee untuk ibu mengandungSet Bersalin Shaklee untuk ibu berpantangSet Penyusuan Shaklee untuk ibu menyusuSet Kurus Shaklee untuk Slimming, disamping pelbagai Produk Shaklee lain untuk mengatasi pelbagai maslah kesihatan seperti ESP ShakleeVIVIX Shaklee, juga VIVIX Shaklee untuk ikhtiar berhenti merokokdanVIVIX Shaklee untuk ikhtiar hindar DiabetesSet Anak Pintar Shaklee untuk membantu tingkatkan prestasi pelajar sekolah dan juga kolej. Sekiranya anda berminat, boleh Daftar Ahli Shaklee dengan Pengedar Shaklee Terbaik di sini.

(Visited 31 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK