Dec 012013
 

Nampaknya Yamaha telah mengeluarkan model terbaru Lagenda 115Z dan 115ZR Fuel Injection pada tahun 2013 ni.

Yamaha Lagenda 115Z 115ZR Fuel Injection 2013

Untuk spefikasi dan gambar bolehlah rujuk artikel yang kami kongsikan ini. Dengan tujuan prestasi enjin di pertingkatkan dan bahan api lebih menjimatkan, yamaha telah menggunakan konsep fuel injection untuk kedua-dua motosikal Yamaha Lagenda 115Z dan 115ZR terbaru ini. 

Yamaha Lagenda 115Z Fuel injection

Antara pembaharuan yang saya nampak adalah penggunaan sport rim dan tubeless tire untuk semua model sememangnya terbaik. Ini kerana penggunaan rim besi jenis batang adalah berat semestinya menggunakan lebih minyak. Dan jika menggunakan tayar jenis tiub pasti setiap bulan tayar tersebut pancit. Inilah pengalaman yang saya pernah lalui. Dan bila bertukar kepada tayar tanpa tiub tiada lagi masalah tayar bocor. Jika bocor pun adalah kerana terlanggar benda seperti pengalaman saya terlanggar anak ni.

Dan satu ciri-ciri yang menarik perhatian adalah lampu signal belakang jenis tergantung. Rekaan sebegini kebanyakannya ada di motosikal jenis superbike. Nice touch kat situ!

BACA JUGA: (20 Tips) Cara Jimat Minyak Petrol Kenderaan

Untuk lebih jelas tentang model baru ni, berikut adalah spesifikasi, ciri-ciri dan reka bentuk baru yang dilengkapkan pada jentera- jentera tersebut (KLIK SINI untuk skip terus ke 115ZR) :

Yamaha Lagenda 115Z Fuel Injection

yamaha lagenda 115z fuel injection 2013

Rupa lampu depan yang lebih menarik dan terbaik!

yamaha lagenda 115z fuel injection 2013 meter

Susun atur panel dan meter yang lebih segar dan bergaya.

yamaha lagenda 115z fuel injection 2013 fairing

Fairing atau sayap sisi dengan lubang udara yang efisien untuk penyejukan enjin maksima.

yamaha lagenda 115z fuel injection 2013

Ruang simpan barang dengan penutup untuk mengelakkan barang anda dari basah dan kotor.

yamaha lagenda 115z fuel injection 2013 tangki minyak

Tangki minyak berkapsiti besar iaitu sehingga 4.1 liter dan sistem ‘fuel injection’ yang efisien sememangnya menjimatkan minyak.

LIHAT JUGA:  (Gambar | Spesifikasi | Harga) Proton Iriz @ PCC

yamaha lagenda 115z fuel injection 2013

Reka bentuk muffler baru yang moden. Katanya mampu mengurangkan bunyi enjin dengan efisien.

yamaha lagenda 115z fuel injection 2013 palang handle bar

Palang pemegang belakang rekaan terbaru untuk gengaman lebih senang dan selesa.

yamaha lagenda 115z fuel injection 2013 lampu signal belakang

Lampu brek belakang yang baru dengan rekaan ala-ala LED. Lampu signal belakang juga diubah menjadi tergantung seperti kebanyakan superbike. Nice!

yamaha lagenda 115z fuel injection 2013 enjin

Enjin terbaru air-cooled 4-stroke Single Over Head Cam. Dengan kapasiti 115cc fuel injection. Direka semula untuk lebih penjimatan minyak dan pengurangan penggunaan bahan api. Dikatakan 20% lebih baik dari model enjin sebelumya.

Terdapat 3 pilihan warna yang boleh anda pilih antaranya:

white colour yamaha lagenda 115z fuel injection 2013 warna putih

Versi warna putih

red yamaha lagenda 115z fuel injection 2013 warna merah

Versi warna merah

yamaha lagenda 115z fuel injection 2013 orange warna oren

Versi warna oren

Yamaha Lagenda 115ZR Fuel Injection

Bagi model 115ZR, beberapa spesifikasi dan reka bentuk yang lebih baik telah ditambah antaranya:

yamaha lagenda 115zr fuel injection 2013 blue led panel meter

Panel meter atau speedometer berkonsepkan LED biru memberikan gaya yang cool dan moden.

yamaha lagenda 115zr fuel injection 2013 led switch

Suis lampu dan signal yang bercahaya. Nampak cool dan bergaya pada waktu gelap.

yamaha lagenda 115zr fuel injection 2013

Foot rest depan yang berspring dan boleh lipat sesuai untuk yang kaki baring cecah tanah.

yamaha lagenda 115zr fuel injection 2013

Lampu LED di ruang simpan barang bawah tempat duduk.

yamaha lagenda 115zr fuel injection 2013 sport rim

Dilengkapi tayar sport rim untuk tunggangan lebih selamat, bergaya dan sporty!

yamaha lagenda 115zr fuel injection 2013 gas absorber

Absorber atau penyerap hentak jenis gas dapat memberikan keselesaan untuk perjalanan jauh. Katanya..

yamaha lagenda 115zr fuel injection 2013 warna

Rekaan warna konsep putih biru yang memukau pandangan.

Jadi, amacam? Terbaik tak motosikal model terbaru ni? Jimat minyak katanya. Kalau ada siapa-siapa nak tukar motosikal yang dah nazak tu, bolehlah sambar satu. Thorbaik!

via Yamaha Hong Leong Website

(Visited 9,413 times, 16 visits today)

Comments

  1. nyurang suong says:

    saya suka motor lagenda 115Z ni..

  2. nyurang suong says:

    good…

  3. Rahmat bin Md. Dom says:

    Berapa harga motorsikal Yamaha Lagenda 115Z ini?


LIKE KAMI DI FACEBOOK