Dec 092013
 

Nampaknya berita pernikahan dan perkahwinan muda membabitkan remaja bawah umur sentiasa mendapat perhatian di negara ini.

Berita gambar Pernikahan Muda Remaja 15 dan 16 Tahun

Terbaru remaja berumur 15 dan 16 tahun telah selamat dinikahkan. Berikut adalah keratan artikel berita yang dikongsikan:

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _

Shah Alam: “Saya akan buktikan, mampu menjadi suami terbaik buat isteri, sekali gus ayah dalam keluarga kami yang bahagia, walaupun baru berusia 15 tahun. 

“Restu keluarga dan sanak saudara menjadi kekuatan kepada saya, membuktikan bahawa usia bukan ukuran dalam menentukan kemampuan dan tanggungjawab menjadi suami,” kata Muhamad Haikal Farith Mohd Shah.

Beliau selamat dinikahkan dengan pasangannya, Nur Hazwani Mohd Kamal, 16, yang masih belajar dalam Tingkatan Empat, oleh Imam Masjid Teluk Kemang, Port Dickson, Rahim Jaafar, kelmarin.

Nur Hazwani menerima mas kahwin RM200 dan hantaran RM5,000.

Muhamad Haikal berkata, bapanya, Mohd Shah Abdul Aziz, 43, memohon kebenaran mahkamah bagi membolehkan dia bernikah dengan pasangannya kerana usia mereka yang masih muda.

Semangat membara

Katanya, walaupun beliau muda setahun daripada isterinya, namun semangat dan tanggungjawab semakin membara dalam dirinya terutama selepas selamat dinikahkan bagi memastikan perkahwinan mereka bahagia.
Beliau tidak melihat kegagalan perkahwinan pasangan remaja yang berakhir kurang setahun, sebagai perkara yang menakutkan.

LIHAT JUGA:  (Video) Ucapan Khas Nur Amalina Che Bakri Untuk Blogger Dan Rakyat Malaysia

“Walaupun masih muda, saya berusaha menjadi suami terbaik dan memastikan rumah tangga didirikan kekal hingga ke akhir hayat. Memang ramai memandang sinis, tetapi kami akan berusaha membuktikan usia bukan jaminan kebahagiaan.

Keluarga beri sokongan

“Setakat ini keluarga dan adik beradik banyak memberi semangat. Usia muda bukan penghalang untuk jadi suami terbaik dan saya akan buktikan,” tegasnya ketika ditemui membawa pasangannya menziarahi rumah saudara mereka di sini, semalam.

Muhammad Haikal yang sudah tidak bersekolah sejak setahun lalu, membantu perniagaan bapanya yang juga seorang kontraktor binaan.

Mohd Shah berkata, walaupun sudah berkahwin, namun anak dan menantu akan tinggal bersama keluarganya, sementara menantunya akan terus bersekolah.

Bulan lalu, BH mendedahkan perkahwinan sepasang remaja berusia 19 dan 12 tahun, berakhir dengan perceraian seminggu sebelum ulang tahun pertama mereka.

via Berita Harian

P/s: Apapun tahniah kami ucapkan. Semoga jodoh mereka berkekalan hingga ke akhir hayat.

(Visited 57 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK