Nov 132013
 

Fuh. Jangan main-main dengan gadis Malaysia.

video gadis malaysia pukul lawan peragut

Lihat saja video bawah ni. Free-free je peragut tu kena pukul bila gadis tu lawan balik. Jadi, kepada gadis luar sana, jangan lemah sangat dan mengharap kepada lelaki je. Siapkan diri anda dengan seni mempertahankan diri dan jadilah berani sikit. Bila perlu berundur, baru berundur macam amoi dalam video tu. Dan kepada peragut-peragut sekalian, jaga-jaga. Ada yang memerhati.. 

 

 

*Update – Tapi ternyata ianya hanyalah lakonan semata-mata untuk tujuan pendidikan. Berikut adalah artikel yang dikongsi:

PETALING JAYA: Pasti ramai yang akan kecewa apabila mereka mengetahui bahawa rakaman video yang tersebar memaparkan seorang wanita dengan berani membelasah peragut di depan rumahnya bukanlah fakta sebaliknya ia adalah lakonan semula.

Video berkenaan dikongsi di laman Facebook, Kempen Mencegah Jenayah di Malaysia, jelas menyatakan video berkenaan adalah satu babak lakonan semula untuk tujuan pendidikan.

Video berkenaan telah dikongsi di Facebook, lebih daripada 4,200 kali, mendapat perhatian pelbagai pihak yang memuji tindakan berani wanita berkenaan mempertahankan dirinya.

Rakaman video berdurasi satu minit itu memaparkan babak seorang wanita berada di tempat letak kereta dihadapan rumahnya, sementara dua lelaki menaiki motosikal dilihat berlegar di luar kawasan rumah ketika mangsa baru sahaja tiba di rumahnya.

Sebaik sahaja wanita berkenaan keluar daripada keretanya, seorang pembonceng motosikal berlari ke arah rumah mangsa sebelum cuba meragut beg tangan mangsa.

Wanita berkenaan dengan berani merampas kembali beg tangannya daripada peragut berkenaan.

Tidak berjaya dengan cara itu, dia dengan beraninya menggunakan menyiku perut peragut dengan menggunakan lututnya dan menendang suspek hingga tersungkur ke lantai.

Mangsa kemudiannya menyepak suspek hingga cedera hingga seorang rakan suspek datang dengan mengacukan sebilah pisau lipat untuk menakutkan mangsa supaya berhenti membelasah rakannya itu.

Rakannya itu kemudian menarik suspek keluar daripada rumah dan mereka gagal merompak wanita berkenaan.

Beberapa pengguna turut memberikan ulasan mereka terhadap rakaman video yang turut dimuat naik di YouTube.

Suraya menulis: “Saya tabik wanita ini dan saya harap dapat bertindak seperti beliau sekiranya saya berada dalam situasi yang serupa!.”

Brigadier Jeneral Datuk Azlan Mohd Nor berkata: “Tahniah. Kepada wanita ini: “Saya tahu ia pasti satu mimpi ngeri kepada anda namun tahniah atas aksi berani anda itu. Saya rasa gembira melihat anda selamat. Satu nasihat saya, mereka yang menaiki motosikal mungkin mengekori kita, anda perlu lebih berhati-hati. Tunggu sehingga pintu pagar benar-benar terkunci sebelum anda keluar daripada kereta. Saya doakan anda semua selamat.”

Daniel Ludwik pula sangat teruja dengan aksi wanita berkenaan sambil menulis mesej yang ringkas: “Kahwin dengan saya….hahahaha.” -mstar

 

LIHAT JUGA:  (Video) Polis Pukul Pekerja Hotel Di Seremban

BONUS: Video mangsa lawan balik perompak:

(Visited 30 times, 1 visits today)

Comments

  1. […] BONUS:  (Video) Gadis Pukul Dan Lawan Balik Peragut […]


LIKE KAMI DI FACEBOOK