Nov 242013
 

Secret Recipe kali ni bermurah hati dengan prmosi terbaru mereka iaitu beli 1 potong kek dapat percuma lagi 1 potong kek.

Promosi Secret Recipe Beli 1 Kek Percuma 1 Kek

Promosi ini akan tamat pada 30 November 2013. Jadi masih sempat untuk terjah dan menikmati kelazatan kek mereka ni. Anda boleh pilih mana-mana kek yang sama atau pun berlainan. Juga boleh dine-in atau bawa pulang. Harga adalah mengikut kek mana yang tinggi. Kalau salah satu harga RM10 dan lagi satu RM 7 maka diorang akan cas RM10.

Bagaimana untuk menebus?

Mudah saja. Hanya scan saja kod QR di bawah ni untuk ke akaun wechat Secret Recipe Malaysia: 

akaun wechat secret recipe malaysia

Atau cari sendiri akaun wechat mereka melalui tab official account dan search ‘Secret Recipe Malaysia’ dan follow akaun mereka.

akaun wechat secret recipe malaysia

Anda akan mendapat satu kupon voucher ‘redeem now’ seperti berikut:

kupon voucher wechat beli 1 percuma 1 secret recipe

Jangan tekan butang redeem now tersebut. Semasa nak order hanya tunjukkan kupon dalam wechat tersebut dan mereka akan klik button ‘redeem now’ dan anda layak untuk dapat promosi ni. Boleh pilih mana-mana kek yang anda nakkan. Kek yang berlainan pun boleh.

LIHAT JUGA:  (Promosi) Diskaun Sehingga 50% Untuk T-Shirt Atau Topi Razer

Jadi setelah lama tak makan kek dan teringin sangat nak makan kek, semalam saya gi terjah gak restorang diorang kat Jusco Ayer Keroh, Melaka. Bukan mudah nak dapat peluang camni. Jimat duit nak makan sedap-sedap. Pilihan kek saya adalah Durian-Durian yang mana keknya penuh dengan durian, badam, dan krim. Fuhh terliur plak semasa menulis ni. Dan kawan saya memilih kek Absolute Chocolate. Juga amat sedap kerana ianya kaya dengan coklat dan ada sedikit rangup mungkin ianya cip coklat atau biskut coklat yang dikisar. Memang terbaik! Memang berbaloi-baloi.

Promosi Secret Recipe Beli 1 Kek Percuma 1 Kek

 

Tunggu apa lagi. Bolehlah terjah restoran mereka yang berdekatan. Dan jangan lupa follow wechat diorang. Selamat menjamu selera dan berjimat :)

(Visited 114 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK