Nov 152013
 

Hari ini heboh dengan sebuah restoran nasi ganja yang terkenal di Ipoh akhirnya disita kerana amalan memasak yang kotor.

Restoran Nasi Ganja vanggey Disita najis

Dipercayai ada najis atau tahi manusia dalam peti ais yang digunakan untuk menyalut periuk masakan. Berkemungkinan cara tersebut digunakan untuk menundukkan pelanggan. Betul ke? (Lagi gambar di bawah) : 

 

Restoran Nasi Ganja vanggey Disita najis

 

Berikut laporan yang disiarkan: 

Lesen perniagaan Restoran Nasi Kandar terkenal di Ipoh yang lebih dikenali dengan ‘nasi ganja’ telah dibatalkan.

Menurut sumber lesen perniagaan restoran itu terpaksa dibatalkan oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) setelah pengusaha itu didapati melanggar peraturan berkaitan kebersihan dalam proses penyediaan makanan.

Sumber itu memberitahu pengusaha terbabit perlu memohon semula lesen serta mematuhi syarat-syarat kebersihan yang ditetapkan sebelum MBI boleh mengeluarkan lesen baharu.

“Sehingga lesen baharu dapat dikeluarkan, restoran itu tidak dibenarkan beroperasi atau menjual makanan kepada orang ramai,” kata sumber itu.

Datuk Bandar, Datuk Roshidi Hashim yang ditemui di majlis perasmian expo perabut di Stadium Perak petang tadi enggan mengulas lanjut mengenai pembatalan lesen tersebut tetapi akan membuat penjelasan dalam satu sidang media esok.

Beliau bagaimanapun mengesahkan bahawa MBI ada mengeluarkan kompaun terhadap pengusaha nasi kandar di Jalan Yang Kalsom itu.

Katanya anggota penguatkuasa MBI turut terlibat dalam operasi serbuan ke atas premis itu petang tadi.

Katanya operasi bersepadu itu turut disertai Jabatan Kesihatan dan Immigresen.

 

BACA JUGA: Cara Kesan Kedai Makan Yang Guna Pelaris

*UPDATE: Penafian tentang najis dalam peti ais:

Jabatan Kesihatan Perak mengarahkan premis Nasi Kandar Ayam Merah yang lebih dikenali sebagai nasi ganja atau nasi vanggey ditutup selama dua minggu kerana dipercayai menyediakan makanan dalam keadaan kotor.

Premis yang beroperasi di Jalan Yang Kalsom itu, diarah tutup bermula jam 5 petang tadi sehingga 28 November selepas pemeriksaan bersepadu dijalankan pihak terbabit bersama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Jabatan Imigresen kira-kira jam 4 petang.

Menurut pengarahnya, Datuk Dr Nor Dinayah Hassan, arahan tutup itu dikeluarkan selepas pihaknya mendapati penyediaan makanan di premis itu tidak mencapai tahap piawaian ditetapkan, sekaligus dikhuatiri boleh mengancam kesihatan orang awam.

Nor Dinayah berkata, pemilik premis yang tidak mematuhi perintah itu boleh disabitkan dengan kesalahan dan didenda atau dipenjara tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Tinjauan mendapati pintu dapur restoran yang terletak di bangunan bersebelahan ditampal notis arahan tutup sementara.

Beberapa hari lalu, terdapat khabar angin mendakwa premis nasi kandar itu menggunakan najis sebagai bahan pelaris makanan itu terutamanya di laman sosial Facebook.

Perkara itu bagaimanapun dinafikan wakil wakil premis dan menjelaskan fitnah yang dilemparkan langsung itu tidak berasas sama sekali.

Sebelum ini, Peraktoday.com pernah melaporkan premis nasi vanggey itu sering menjadi tumpuan ramai tanpa mengira bangsa dan agama kerana keistimewaan ayam merah dan pelbagai jenis lauk-pauk lain yang dijual.

Maka, tidak hairanlah premis itu menjadi ikon dan lokasi popular bagi pelancong yang mengunjungi bandar raya Ipoh terutamanya di hujung minggu dan cuti sekolah.

 

LIHAT JUGA:  (Berita) Imam Cium Mulut Selepas Khutbah Beri Penjelasan

Ramai yang menyebarkan berita tidak tahu pucuk pangkal tentang najis manusia kononnya dijumpai dalam peti ais restoran Nasi Ganja di Ipoh. Kami tak ada link pun dengan pemilik kedai tersebut tapi rasa kasihan bila ada yang percaya dengan fitnah ingin menjatuhkan restoran yang dah popular berpuluh tahun di tengah bandar ipoh itu. Kasihan bisnes orang tu.

Berita tentang najis manusia dalam peti ais itu telah CONFIRM TIDAK BETUL DAN FITNAH dan ini telah diakui sendiri oleh individu yang menjadi pencetus isu tersebut melalui satu laporan polis yang dibuatnya:

Laporan polis pemilik restoran vanggey disita

Untuk makluman juga, restoran Nasi Ganja tersebut ditutup kerana masalah kebersihan yang melibatkan kawasan pengaliran di belakang kedai tersebut (tempat basuh pinggan) di luar kedai. Ialah bangunan lama sejak zaman Jepun, memang saluran dia memang teruk ditelan zaman.

Restoran tersebut juga hanya ditutup selama 2 minggu sahaja untuk proses pembersihan dan pembaikan saliran air. Kalau betul ada najis, takkan lepas 2 minggu boleh buka balik dan kenapa kedai Nasi Vanggey mereka yang satu lagi di Greentown Ipoh tidak ditutup?

 

Restoran Nasi Ganja vanggey Disita najis

Tepuk dada tanya selera.

P/s: Sebelum makan bacalah bismillah dan doa makan. Semoga dijauhkan dari perkara buruk. Insya-Allah selamat..

(Visited 166 times, 1 visits today)

Comments

  1. El Hardy says:

    klu betullah ada najis, mmg sadis la sapa2 yg slalu mkn situ..asyik terbayang2 der…yaakks :)

  2. akubiomed says:

    Tentu peminta nasi Ganja tegar berasa hampa. Harap ada pencerahan.


LIKE KAMI DI FACEBOOK