Nov 182013
 

Ingat lagi kes Taska Permata Harapan dimana bayi atau budak didera oleh pengasuh.

Kisah Pengalaman Bekas Pengasuh Taska Permata Harapan

Seorang bekas pengasuh yang hanya bekerja disana selama sebulan telah berkongsi pengalaman beliau. Cerita berikut telah dikongsi di ruangan komen blog amazingnara.com. Sama-sama kita ambil iktibar: 

_ _ _ _ _ _ _ _ _

Aku pernah bekerja di taska ni, aku kerja sebulan je. Sebab aku tak larat nak tengok budak berapa bulan kena campak atas tilam, (pengasuh) pukul budak yang tak tahu apa-apa. Hari-hari aku tersebak hati, kerana budak-budak kena dera dengan mereka.

Aku tak tahu apa nak buat, bila masa aku terdengar bayi menangis dekat atas, aku naik dan dukung budak yang menangis. Tapi tiga orang termasuk tuan punya Taska tu kata , “oi, kau buat apa tu? Semak la kau ni, jangan manjakan budak tu.” Aku hanya mendiamkan diri.

Dan aku dipanggil turun untuk mengajar budak dekat bawah dan dua orang lagi naik ke bilik bayi. Lagi kuat (bayi) menangis, aku tak tahu apa yang dia orang (pengasuh) lakukan.

Yang aku tengok dengan mata aku sendiri, budak bertukar-tukar susu. Ibu-ibu bayi selalu letakkan susu badan dalam bekas tapi satu bekas, diberi semua budak minum. Yang lain bila masa balik, cikgu tu buang susu dalam bekas kata anak sudah minum, padahal tak minum.

Bagi lampin pulak, dia pakaikan pada budak masa balik, yang lain simpan buat anak tuan taska pakai semua, seperti susu tepung. Ada seorang kanak-kanak istimewa dekat situ, masa nak balik dia orang akan turunkan ke bawah, cara turun heret dari atas hingga bawah.

LIHAT JUGA:  (Kisah) Disebalik Kejayaan Jenama Ramly Daging Burger

Kadang-kadang ibu bapa hantar, ada yang buang air besar, pengasuh tidak tukarkan (lampin), (sebaliknya) pengasuh letak dalam bilik mandi mana yang buang air sampai lenjun itu sampai masa mandi.

Ingat apa yang emak (pengkomen) katakan, jangan ikut apa yang mereka lakukan, kita jaga budak dengan elok. Itu amanah ibu bapa mereka hantar mereka (ke taska itu).

Akhirnya aku berhenti, setelah mendapat gaji. Mak marah, “kau kerja dah berhenti macam mana nak cari duit untuk majlis ni”. Aku kata rezeki di mana-mana. Aku gembira mendengar berita yang taska ini dah pun terbongkar. Terima kasih kepada bapa PMSA.

_ _ _ _ _

Seboleh-bolehnya lakukan kunjungan mengejut ke taska tak kiralah ibu bapa atau jabatan kebajikan. Ini penting untuk mengelakkan perkara sebegini berulang. Dan kalau ada pihak contohnya seperti bekas pengasuh ini yang tahu ada kes dera, silalah buat laporan. Jangan diam saja sebab sedih kalau anak sendiri diperlakukan sebegitu.

P/s: Mungkin aku harus jadi Mr. Mama. Kerja kat rumah je. Tak perlu nak guna khidmat pengasuh dah. Baru anak dapat kasih sayang secukupnya. Tak gitu?

(Visited 299 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK