Nov 302013
 

Untuk kali keduanya saya akan berbincang mengenai bisnes online.

bisnes online income tinggi

Sebenarnya perbincangan yang saya asyik hebohkan kebelakangan ini adalah untuk  Contest iPhone 5S Revolusi Bisnes Online yang dianjurkan oleh bos besarnya iaitu Puan Salwa pemilik blog superibu.com serta vitaminibu.com. Melihat dari entry orang lain, ternyata agak menarik entry yang dikarang mereka. Banyak ilmu dan perkongsian yang dapat kita belajar. Saya? Mungkin sekadar cukup rasa saja. Tak jadi pemenang Contest iPhone 5S Revolusi Bisnes Online pun takpe. Sekadar memeriahkan contest dan merancakkan dunia blogging serta dunia business online :)

Jika anda terbaca entry pertama saya, saya ada berikan beberapa tips ‘seploh sen’ tentang tajuk business online. Namun dalam entry ni saya ingin kongsikan dengan lebih dekat tentang pengalaman saya dalam dunia online dan business ni. 

Saya dan dunia online

Tentang dunia online, saya lebih banyak menceburkan diri dalam dunia blogging. Sejak dari sebelum ada facebook lagi. Sebab utama saya terjangkit nak berblogging pada masa itu hanyalah untuk mengisi masa yang sangatlah lapang ketika masih mengambil diploma di universiti. Pada masa itu, income takdelah seberapa mana namun cukup untuk menambahkan semangat untuk lebih berusaha lagi.

Setelah merasai sendiri beberapa kali income yang terhasil, saya mula mengambil serius untuk menjadikan kerjaya online ini satu realiti. Target saya adalah ingin bekerja di rumah dengan bebas tanpa tekanan atau tanpa pengawasan bos. Langkah pertama, selepas tiga tahun, saya bertukar dari menggunakan blogspot ke domain sendiri menjadi Fitrihadi.com. Pada awalnya agak kurang mendapat sambutan. Namun entah bagaimana saya mendapat idea untuk buat satu video parody ni:

 

 

Akhirnya blog saya telah dikenali dan semakin ramai pembaca. Disini memang penting menggunakan kreativiti untuk mempromosikan sesuatu. Style blogging juga berubah dari penulisan tentang kehidupan sendiri berubah menjadi perkongsian menarik tentang artikel, gambar atau video yang membuatkan ramai pembaca semakin ‘melekat’ dengan blog ini. Selain itu, saya juga beberapa kali membuat contest dan giveaway untuk menambah dan memhargai pembaca.

 

Saya dan bisnes

Tentang business pula, saya masih belum cukup berpengalaman. Namun banyak kali juga saya berjaya menjual barangan yang sudah tidak digunakan seperti sweater, buku, barangan komputer dan lain-lain lagi. Agak banyak tips yang saya dapat dari situ dari mengepos iklan sehinggalah berjumpa pelanggan untuk menjual barang. Untuk pengetahuan, ada beberapa tempat saya jual barang tersebut iaitu di:

Dua tempat ni amat mudah mendapat pelanggan. Namun ada strateginya untuk menjual barang tersebut dengan mudah secara online antaranya:

  • harga yang relevan dan berpatutan
  • jual banyak barang dengan harga yang sedikit murah. Lebih baik dari jual satu barang dengan harga mahal
  • kena rajin dan kreatif tulis ayat untuks sesuatu barang. Jangan tulis sepatah je. Kena tulis panjang, dan jelas baru orang nampak kita serius nak jual barang
  • selalu belajar tentang taktik perniagaan dari buku serta orang yang dah berjaya macam Syed Mokhtar Al-Bukhary
  • gambar kena jelas. Bila jelas, orang akan yakin dan tak banyak tanya. Jadi dah memudahkan proses pembelian.
  • guna perkataan PERCUMA, PROMOSI, LAST STOCK dan lain-lain lagi yang dapat menarik perhatian pelanggan.

So boleh guna tips ni. Saya bagi FREE je. Tak perlu bayar pun :)

 

Bisnes Online pilihan Fitrihadi

Berbalik kepada persoalan bisnes online pilihan saya. Sekarang ni penting untuk mencari kerja yang mempunyai masa lapang untuk keluarga dan rumah. Kenapa? Sebab tujuan kita kerja adalah untuk diri dan keluarga kita. Bukan untuk kerja-kerja di pejabat. Jadi kenapa perlu berkorban bangun awal pagi untuk pergi kerja menghadap jalan sesak, balik lewat dengan badan letih, stress dengan perangai bos dan client serta macam-macam lagi kerana kerja yang makin gila. Kita kerja untuk menyenangkan kehidupan kita dan keluarga di rumah. Itu tujuan sebenar kita kerja, kan? Sebab itulah dengan bisnes online kita boleh lakukan dimana saja, setiap masa tanpa perlu pening kepala. Akan datang kebahagiaan kepada diri dan keluarga. Insya-Allah..

LIHAT JUGA:  Saya Menang Dua Contest! Gumbiranya Hati!

bisnes online kerja dari rumah income tinggi

Dan bagi saya, buat masa ini (yang masih lagi praktikal) saya lebih selesa mencari pendapatan melalui iklan di blog, affiliate dan beberapa sumber pendapatan online yang lain. Boleh saya katakan buat masa sekarang, income ini cukup membantu untuk buat  saya hidup selesa dan beli sesuatu yang saya perlukan semasa belajar di universiti tanpa PTPTN. Namun saya agak berjimat juga. Tak merokok, tak ber-makwe dan tak shopping sakan. So berduitlah jugak. Keh3..

Perancangan masa depan mungkin saya akan menumpukan sepenuhnya kepada kerjaya online. Mungkin juga akan menjual produk fizikal seperti jersey atau hiking bag (di Padang Besar, Perlis boleh dapat dengan harga yang cukup murah). Dan mungkin juga saya boleh menyertai perniagaa Shaklee untuk mempromosikan produk mereka dan menjana wang sampingan. Siapa tahu.

Yang pasti selepas belajar, saya mungkin tak bekerja makan gaji atau bekerja di bawah orang. Saya lebih selesa bekerja dari rumah dan menikmati masa hidup ni dengan lebih baik. Apapun, kita hanya merancang. Allah yang menentukan.

 

Income yang Fitrihadi impikan dari bisnes online

Untuk persoalan kedua, income yang saya impikan takdelah banyak mana pun. Empat angka sebulan pun cukuplah. Cukuplah sekadar mampu menyara diri dan keluarga. Cukuplah sekadar mampu memiliki rumah, tanah dan kereta. Kalau ada rezeki lebih Alhamdulillah. Kalau tak banyak pun redha je lah.

Bukan saya tak mahu kaya tapi dari pelbagai kisah yang saya baca dan belajar, lagi besar kekayaan lagi besar dugaannya. Apapun rezeki tu rahsia Allah. Tak siapa tahu rezeki kita di masa hadapan melainkan Dia saja. Sentiasalah merendah diri tak kira miskin atau kaya. Kalau rasa diri tinggi sangat beringatlah takut-takut nanti jatuh dari tempat yang tinggi sangat akan rasa lebih sakitnya. Kalau Allah pun rahsiakan rezeki kita, kita pun tak perlulah nak hebohkan berapa banyak rezeki kita dapat takut-takut ada yang memerhati. Fikir-fikirkan..

bisnes online income tinggi kaya hati jiwa harta

P/s: Maaf kalau karangan agak melalut. Penat praktikal tak habis lagi ni. Keh3..

P/p/s: Orang kata business yang paling annoying ialah ‘none of your business’. Keh3..

Contest iPhone 5s – Revolusi Bisnes Online ini dibawakan untuk anda oleh Wanita dan Ibu Bisnes Online Dari Rumah dan Pengedar Shaklee Terbaik Malaysia. Contest ini ditaja olehMamaSihat.Com bersama Kumpulan Pengedar Shaklee di bawah Rangkaian Pengedar Shaklee Malaysia yang menyediakan kepakaran dalam Set Kesuburan Shaklee untuk ikhtiar hamil, Set Kehamilan Shaklee untuk ibu mengandungSet Bersalin Shaklee untuk ibu berpantangSet Penyusuan Shaklee untuk ibu menyusuSet Kurus Shaklee untuk Slimming, disamping pelbagai Produk Shaklee lain untuk mengatasi pelbagai maslah kesihatan seperti ESP ShakleeVIVIX Shaklee, juga VIVIX Shaklee untuk ikhtiar berhenti merokokdanVIVIX Shaklee untuk ikhtiar hindar DiabetesSet Anak Pintar Shaklee untuk membantu tingkatkan prestasi pelajar sekolah dan juga kolej. Sekiranya anda berminat, boleh Daftar Ahli Shaklee dengan Pengedar Shaklee Terbaik di sini.

(Visited 24 times, 1 visits today)

Comments

  1. zik says:

    jusl barang dekat mudah memang masyuk.. tapi sekarang nih dahkurang dah (stop).. sejak ada certain barang dikenakan bayaran lah pulak…


LIKE KAMI DI FACEBOOK