Nov 192013
 

Salam.

Dah lama tak berceloteh tentang suatu isu. Lagipun saya sekarang ni sibuk dengan praktikal. Tinggal lagi 3 bulan Insya-Allah lepas tu boleh tumpu terus kepada blog dan beberapa laman sosial lain yang saya miliki sebagai kerjaya utama.

bisnes online

Bercakap tentang kerjaya utama, ramai yang memilih untuk makan gaji atau berkerja dibawah pengawasan bos yang sememangnya stress dan memenatkan. Kerja pula macam ikhlas tak ikhlas je. Sudah tu kena bangun awal dan bergerak ke tempat kerja menghadapi kesibukan jalan raya. Itu belum lagi yang perlu hantar anak ke taska atau sekolah sememangnya memenatkan dan memeningkan kepala. Bila ditempat kerja, pening nak layan kerenah bos atau client. Dengan kerja yang berlambak. Perlu kejar deadline lagi. Fuhh agak memenatkan. Bila dapat gaji tolak itu tolak ini, bakinya memang amat mengecewakan. 

Sebab itu saya fikir selepas praktikal saya mahu tumpukan kepada bisnes online. Cuma cara saya sejak dari tahun 2008 lebih kepada perkhidmatan pengiklanan. (Agak lumayan saya boleh katakan cuma kena kreatif lah). Mungkin bila dah banyak masa nanti (lepas dah habis belajar dan praktikal) saya akan tambah cabang saya kepada bisnes online atau jual barang secara online.

Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda bahawa 9/10 sumber rezeki itu adalah dari perniagaan. Ramai yang terlepas pandang perkara ini. Ramai yang mengatakan dengan menjual ayam, tak mampu nak beli kereta mewah seperti Mini Cooper. Hanya dengan bekerja swasta atau kerajaan hidup akan terjamin (tetapi tak kaya macam tokey balaklah). Tetapi baru-baru ini, nah….

bisnes online

Semua tercengang bila tokey jual ayam menghadiahkan anaknya sebuah Mini Cooper kerana kejayaan mendapat 5A. Apo laie nak dikato?

Saya juga ada pengalaman mengenali seorang wanita yang hanya menjual cupcake, kek, biskut dan segalanya yang berkaitan dengan bakery, tetapi dia mampu melancong ke luar negara dan hidup senang memiliki sebuah kereta dan menjaga seorang anaknya. Semua dilakukan melalui facebook. Memang amat lumayan.

Sekarang ini semua benda senang. Teknologi internet mempercepatkan proses perhubungan manusia. Mark Zuckerberg juga harus diberi credit kerana membangunkan facebook yang memudahkan operasi perniagaan online menjadi mudah. Dulu-dulu paling koman pun kena guna blogspot. Agak leceh kerana susah nak promote. Kini dengan hanya satu akaun facebook, siapa saja boleh jadi usahawan yang berjaya. Yang penting kena usaha baru berjaya. baru kena dengan perkataan USAHAwan itu.

Berbalik kepada bisnes online, disini saya ingin senaraikan beberapa kebaikan bisnes online yang dapat saya fikirkan dari pengalaman dan pembacaan saya. Mungkin boleh menjadi pemangkin kepada yang belum menceburi bidang ini untuk membuka mata meraka mencuba bisnes online:

  • Masa kerja ikut suka anda. Nak bangun jam 12 tengah hari pun anda masih boleh buat bisnes online
  • Tiada had masa kerja. Tak perlu kejar masa pejabat jam 8 pagi dan balik jam 5 petang
  • Boleh dilakukan dimana saja bukan saja dirumah namun semasa anda bercuti di Bali mahupun di toilet rumah anda
  • Tak perlu redah jalan raya yang jam setiap pagi dan petang
  • Boleh pergi shopping time tak ramai orang iaitu masa orang pergi kerja. Ini memang heaven!
  • Boleh pergi holiday time orang tak ramai contohnya semasa bukan cuti sekolah. Ini pun heaven!
LIHAT JUGA:  Tahniah Kepada Dua Pemenang Voucher KFC Ini!

Tapi setiap kebaikan pasti datang dengan keburukan. Berikut adaah beberapa contoh keburukan mengikut pengalaman saya sepanjang menjalankan bisnes online ni:

  • Hasil mengikut usaha anda. Kalau anda malas, duit pun malas datang kepada anda
  • Godaan hidup yang bebas. Contohnya bila kerja kat rumah pasti nak kena buat kerja rumah, masak atau yang sewaktu dengannya. Apapun kena pandai bahagi masa lah. Dan bila dah bebas rasa malas tu pasti ada. Sebab tu disiplin kena tinggi. Buat benda yang kita minat baru menjadi.
  • Tiada slip gaji. Maka susahlah anda nak dapat pinjaman.. MELAINKAN anda ada penyata akaun yang sentiasa aktif membuktikan memang ada duit masuk tiap-tiap bulan. Bank akan lihat 1/3 dari kadar purata duit masuk tiap bulan untuk lihat anda layak ke tak buat pinjaman. Ini tips yang saya dapat dari pembacaan. Boleh cuba lepas ni kalau nak mohon pinjaman.
  • Bila berbisnes ni pasti jumpa macam-macam ragam pelanggan. Ada yang nak menggatallah, yang nak menipu lah, yang banyak songeh la, yang lepas bayar setiap 2 minit tanya barang dah hantar ke belum. So kena hadapi semua tu dengan sabar.
  • Ada risiko kena tipu. Biasalah bisnes kadang-kadang ada je yang dengki atau nak ambil kesempatan. Jadi kena betul-betul 100000% hati-hati bila buat bisnes online. Setakat rugi seploh doploh hinggit  takpe la. Kalau dah rugi ribu-riban tu agak-agak la. Tokey balak pun bankrup macam ni.
  • dan takde social life macam kat pejabat. Semestinya asyik-asyik laptop ni je yang ditenungnya. So kena rajinkan sosialkan diri pergi gathering ke tegur jiran sebelah ke mahupun bela kucing seekor jadi teman sembang ke. Keh3..

Kesimpulannya bisnes online ni teramatlah bagus dan lumayan cuma kena mantapkan ilmu sebelum serius untuk buat bisnes online. Cuba banyakkan membaca dan belajar dari orang lain yang dah berjaya pasti kita pun boleh berjaya. Tak susah pun. Kalau anda usaha cari jalan yang senang, pasti semuanya jadi senang.

business online

P/s: Maaf kalau karangan ini tak memuaskan. Saya UPSR dapat A cukup makan je. Sebab tu tak dapat Mini Cooper. Sorry cikgu. Keh3..

_ _ _ _ _

Contest iPhone 5s – Revolusi Bisnes Online ini dibawakan untuk anda oleh Wanita dan Ibu Bisnes Online Dari Rumah dan Pengedar Shaklee Terbaik Malaysia. Contest ini ditaja olehMamaSihat.Com bersama Kumpulan Pengedar Shaklee di bawah Rangkaian Pengedar Shaklee Malaysia yang menyediakan kepakaran dalam Set Kesuburan Shaklee untuk ikhtiar hamil, Set Kehamilan Shaklee untuk ibu mengandungSet Bersalin Shaklee untuk ibu berpantangSet Penyusuan Shaklee untuk ibu menyusuSet Kurus Shaklee untuk Slimming, disamping pelbagai Produk Shaklee lain untuk mengatasi pelbagai maslah kesihatan sepertiESP ShakleeVIVIX Shaklee, juga VIVIX Shaklee untuk ikhtiar berhenti merokok danVIVIX Shaklee untuk ikhtiar hindar DiabetesSet Anak Pintar Shaklee untuk membantu tingkatkan prestasi pelajar sekolah dan juga kolej. Sekiranya anda berminat, boleh Daftar Ahli Shaklee dengan Pengedar Shaklee Terbaik di sini.

(Visited 16 times, 1 visits today)

Comments

  1. akubiomed says:

    Nak menuntut ilmu dari bro yang sudah alam menghasilkan pendapatan dengan blogging.

    1. FITRIHADI says:

      Eh rasanya bro lagi otai dalam dunia blogging ni. Saya biasa2 je. hehe

  2. Tahniah atas kejayaan tuan dalam task 1.
    Semoga berjaya untuk task ke-2 :)

    http://www.pretty0blossom.com/set-mengandung-shaklee-super-jimat/

  3. Salam tuan Fitri.

    Apa khabar? ingin memaklumkan malam ni akan berakhir cabaran Task 2 untuk contest Iphone 5S.

    Sekiranya belum menghantar entry,masih ada masa lagi untuk menghantar entry tuan.

    Semoga berjaya :)

  4. […] anda terbaca entry pertama saya, saya ada berikan beberapa tips ‘seploh sen’ tentang tajuk business online. Namun […]


LIKE KAMI DI FACEBOOK