Nov 012013
 

Agak menarik satu artikel yang dikongsi oleh Saiful Nang tentang rahsia kenapa lelaki Bangla jalan sambil saling pegang tangan.

artikel kenapa lelaki bangla jalan pegang tangan

Untuk pengetahuan, Saiful Nang adalah antara photographer terbaik di Malaysia dan sekarang ini berada di tanah suci Mekah. Kisahnya bermula apabila beliau melihat dua orang lelaki bangla berjalan sambil berpegangan tangan. Seterusnya bacalah sendiri artikel di bawah: 

 

Biasa kita lihat bangla lelaki dengan lelaki jalan berpegangan tangan kan? Perkara yang sama saya jumpa di Mekah dan Madinah ini. Saya beranikan diri untuk menyapa mereka mengapa mereka berpegangan tangan bila berjalan bersama kawan lelaki. Bukankah itu menampakkan seperti kamu mempunyai hubungan songsang atau gay?

Lalu Bangla itu tersenyum dan menjawab dengan selamba.

“Kamu jalan pegang tangan anak lelaki kamu dan orang tak panggil kamu pasangan gay. Apabila anak kamu besar, kamu mahu pegang tangan anak kamu semasa berjalan anak kamu sendiri tak mahu kerana malu orang anggap kamu berdua gay. Minda kamu dah dirosakkan semasa kamu membesar. Asalnya kamu pegang tangan kerana KASIH SAYANG tetapi minda kamu dan anak kamu dicemari sehingga malu untuk berpegang tangan lagi semasa berjalan. Kami sayang sahabat kami seperti mana kamu sayang anak lelaki kamu, maka seperti mana kamu buat atas dasar kasih sayang, begitu juga saya. Cuma minda kami tidak tercemar dengan persepsi yang kata kami gay”.

Saya senyum dan saya mengakui kebenarannya. Hari ini saya belajar sesuatu yang baru. Jika dulu “Gay” bermaksud “Sangat Gembira” hari ini, makna bahasa itu sudah dirosakkan dengan perkara negatif yang lain. Begitu juga dahulu pegang tangan kawan lelaki tidak pernah menjadi kesalahan, tetapi hari ini kita merasakan itu satu yang jijik.

SAIFUL NANG
Madinah Al-Munawwarah

p/s Ayat dipermudahkan untuk mudahkan pemahaman. Ikutkan ayat bangla tadi, saya kena guna banyak bahasa isyarat.

p/s 2 : walaupun sudah disekolahkan, saya takkan berjalan pegang tangan kawan lelaki saya. Minda saya dah bersih sikit selepas disekolahkan Bangla itu, tetapi minda anda semua bagaimana?

 

LIHAT JUGA:  (Fakta) Rahsia Di Sebalik Pembinaan Piramid Mesir Terbongkar!

via Saiful Nang Facebook

Selama ni tak terfikir pulak kan. Semoga artikel ini bermanfaat untuk dikongsi bersama :)

(Visited 142 times, 1 visits today)

Comments

  1. yahaya says:

    memang org rasa pelik tgk lelaki dewasa berpegangan tangan….:)

  2. akubiomed says:

    Ada kebenaran kerosakkan perspektif.

  3. yusri says:

    Berpegangan tangan menunjukkan ukhwah yang kuat sesama insan. Tapi jangan pegang yang bukan muhrim pulak ye.

  4. izati says:

    kalau berpegangan tangan dgn kaum sejenis semua org persoalkan.padahal tak berdosa pon.tp kalau kite tgk org berlainan jantina berpegangan tgn kite semua dah tak hairan.padahal yg ni la haram.betul la kata bangla tu.pemikiran kita dah dicemari.

  5. zik says:

    ia berkaitan dengan mind set…


LIKE KAMI DI FACEBOOK