Aug 022013
 

Baru-baru ini kecoh tentang video sorang ‘wanita’ Islam yang memegang dan melayan anjing seperti tetamu. Video tersebut mengandungi ucapan hari raya yang menunjukkan dia beraya dengan 3 ekor anjing, dengan mesej beraya tanpa mengira spesies, dan warna kulit, dikatakan menghina orang Islam.

 

hukum memegang membela anjing dan khinzir

Wanita itu kini sudah ditahan polis untuk siasatan lanjut.

Persoalannya, apakah hukum sebenar memegang dan membela anjing dan khinzir. Ini termasuklah bekas jilatan anjing. Ikuti kupasan video dari  Ustaz Tarmizi Shamsul Arif di bawah:

 

Dan juga video dari Dr Maza di bawah yang pernah kami kongsi dahulu:

 

 

 

Berikut pula adalah keratan berita dari Astro Awani berkenaan video kontroversi tersebut :

_ _ _

KUALA LUMPUR: Menyamatarafkan perlakuan membersihkan binatang seperti mengambil wuduk adalah dilarang sama sekali dalam Islam.

Ianya bukan sahaja melibatkan anjing tetapi binatang-bintang lain seperti kucing, lembu dan lain-lain lagi

Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata perbuatan tersebut sememangnya tidak boleh dilakukan kerana kesemuanya itu adalah binatang dan bukannya manusia.

“Jikalau ingin menunjukkan kasih sayang sekalipun bukan begitu caranya kerana ianya tidak menampakkan langsung sebagai perbuatan kasih sayang tetapi lebih menjurus kepada perbuatan menghina kepada agama Islam,” kata Harussani ketika dihubungi Astro Awani tengah hari tadi.

Beliau menambah Rasulullah S.A.W pernah bersabda “Sesungguhnya malaikat tidak akan memasuki rumah yang didalamnya terdapat anjing,” kerana dari sudut kebersihan, anjing terutama air liurnya mempunyai najis mughalazah (najis berat).

“Anjing tidak boleh mebersihkan dirinya sendiri dan akan menggunakan lidahnya itu untuk menyapu badannya dan seandainya seorang Muslim telah terpegang anjing dalam keadaan basah, maka wajiblah dia membersihkan tangan dan sekitar kawasan rumahnya yang didatangi anjing itu menggunakan air tanah dan air mutlak sebanyak tujuh kali basuhan,” katanya.

LIHAT JUGA:  (Gambar) Syaitan Di Gua Hira' Adalah Konspirasi Yahudi?

Sekiranya, seseorang itu tidak membersihkan dirinya seperti yang telah ditetapkan, maka sampai bila-bila pun amalan solatnya tidak sah.

Harussani diminta mengulas mengenai video YouTube yang memaparkan seorang wanita Islam, Maznah Mohd Yusof atau lebih dikenali sebagai Chetz Yusof menyambut Aidilfitri bersama tiga ekor anjingnya.

Dalam video yang berdurasi 1 minit 44 saat menunjukkan dia memakai Baju Melayu bewarna hitam dan membasuh kaki anjingnya dan kemudian seolah mengambil wuduk dengan membasuh kakinya pula.

Dia kemudian mengelap anjingnya sebelum menyediakan kuih raya untuk tiga ekor anjingnya itu.

Beliau turut mempersoalkan tujuan wanita tersebut memuatnaik video perbuatannya itu ke laman sosial seperti YouTube dan Facebook.

“Dia berbaju raya kemudian mengambil wuduk, membersihkan anjingnya dan kemudian anjingnya itu dijamu bagaikan tetamu. Wanita ini sebenarnya bagaikan sudah mengetahui perbuatannya ini adalah salah sama sekali dan ianya sengaja dilakukan. Ini merupakan satu penghinaan kepada agama Islam,” katanya lagi.

Sementara itu, Yang Di Pertua Persatuan Ulama Malaysia, Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir pula berkata ijtimak ulama berpendapat anjing merupakan binatang yang mempunyai taraf yang sama dengan khinzir.

“Anjing boleh dibela tetapi hanyalah sekadar sebagai untuk menjaga keamanan dan pertanian namun dan anjing tetap merupakan najis mughalazah dan perlu dibersihkan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan,” kata Sheikh.

(Visited 22 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK