Jul 102013
 

Kepada pemilik laptop atau notebook, sila ikut tips dan  panduan di bawah untuk elak laptop anda dicuri. Penting agar tak berlaku kecurian laptop tak kira di mana saja dan mungkin sebelum, semasa atau selepas perjalanan jauh menaiki kenderaan awam!

Tips Elak Laptop Atau Notebook Dicuri

Kadang-kadang tengok budak kolej bawak beg laptop risau gak takut jadi sasaran pencuri. Bila dah kena curi atau hilang, baru nak menyesal. Jadi, sila ikuti panduan berikut sebelum berlaku perkara yang tidak diingini kepada laptop anda: 

  • Apabila mengembara, elakkan menggunakan beg bimbit yang dilengkapi logo jenama laptop terbabit. Sebolehnya guna travel beg atau beg galas yang lebih selesa dan ber’span’ tebal. Beg galas sekarang ni dah banyak yang dilengkapi ruang untuk laptop. Lagipun bagus untuk keselesaan bahu dan belakang serta notebook anda lebih terjamin keselamatannya sebab takde sapa pun tahu ada laptop dalam beg tu.
  • Jika beg anda tidak dilengkapi ruang menyimpan laptop, boleh dapatkan ‘fail notebook’ yang berkusyen tebal untuk laptop anda. Kemudian masukkan sahaja dalam beg anda. Janji jangan beg yang ada jenama laptop!

Tips Elak Laptop Atau Notebook Dicuri

 

  • Jika menempah bilik hotel atau rumah tumpangan, jangan sesekali meninggalkan laptop semasa anda keluar. Mungkin tukang cuci dapat mengambil laptop anda sebab kunci pendua bilik anda berada di tangannya. Sebelum saya tahu tips ni, pernah sekali saya tinggal laptop atas meja dalam bilik hotel. Nasib baik tak hilang. Mungkin dah larut malam, jadi tiada room service pada masa tu.
  • Tanggalkan bateri laptop dari tempatnya supaya alat pengesan bateri yang sering digunakan oleh pencuri tidak dapat mengesan laptop anda. Saya pun dah lama buat macam ni bila naik bas balik kampung. Setakat ini takde perkara buruk berlaku.
  • Amat perlu bagi pengguna laptop membeli kabel berkunci. Walaupun laptop tersebut berada di rumah, masih perlu untuk mengunci laptop tersebut supaya pencuri akan berfikir dua kali apabila melihat laptop anda yang berkunci. Walaupun pencuri masih dapat memotong kabel tersebut, tapi masih dapat membantu untuk melengahkan pencuri apabila meninggalkan laptop untuk ke tandas apabila berada di pejabat atau kawasan asrama. Lagipun, takde pemotong susah brader pencuri tu nak tapau laptop anda.
  • Buat tanda atau label pada laptop anda. Sekarang ini makin ramai yang kreatif dengan melekatkan sticker dan menghasilkan ‘hasil seni’ diorang pada permukaan laptop diorang. Salah satu cara paling efektif adalah dengan membuat ukiran kekal..
  • Jika anda membawa laptop di dalam kereta, pastikan laptop anda berkunci dengan beg laptop. Seterusnya kuncikan beg tersebut pada kerusi kereta agar dapat melambatkan tindakan pencuri tersebut. Kalu boleh, lindungi laptop anda dari dilihat. Letak di bahagian kaki, bukan di atas kerusi atau di atas dashboard depa atau belakang.
  • Jika menggunakan beg laptop (amat tidak digalakkan), sentiasa pastikan pemegang beg tersebut berada di dalam genggaman. (lebih baik bergari). Kadangkala pencuri akan mengambil peluang dari kealpaan anda semasa bercakap di telefon awam atau di kaunter. Suruh rakan anda memerhatikan dan menjaga beg laptop anda.
LIHAT JUGA:  (Tips) 7 Cara Cas Bateri Iphone Dengan Cepat

P/s: Ada kes laptop di kaki hilang masa tengah guna public phone. Cekap pencuri zaman sekarang ni…

(Visited 75 times, 1 visits today)

Comments

  1. zool says:

    pencuri sekarang memang kejam .. orang tengah makan pun boleh disambar..

  2. adarain says:

    bagus tip nie, ALHAMDULILLAH laptop tak pernah kena curi tapi hp pernah..menangis tak berlagu masa tu yelah sebab baru beli tu…


LIKE KAMI DI FACEBOOK