Tunaikan ibadah korban anda secara online. Tarikh tutup: 30 Sept 2014


Jul 102013
 

Drama bersiri Kampung Girl akan meneruskan Slot Zehra TV3 setiap hari Jumaat jam 9 malam selepas berakhirnya cerita Sebenarnya Saya Isteri Dia. Sinopsis cerita ini agak kelakar dan menarik. Pelakon yang terlibat juga agak gempak dan berbakat.

Sinopsis Pelakon Kampung Girl Slot Zehra TV3

Untuk pengetahuan, jalan cerita ini diadaptasi daripada novel cinta popular hasil nukilan penulis Umi Kalsom. Berikut adalah pelakon yang terlibat dalam drama ini: 

  • Akim Ahmad
  • Nad Zainal
  • Emma Akma
  • Emma Maembong
  • Hilal Azman
  • Fikhree Bakar
  • Syafiq Kyle

Dan berikut adalah sinopsis cerita ini:

Ashraf langsung tidak menyangka yang perkahwinannya bakal diatur oleh keluarga! Lebih memeningkan kepala, apabila mengetahui siapa calon yang disebut oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu? Tidak mungkin. Ashraf Khairi dan Ainnur adalah sepupu, dan dia memang tidak pernah sukakan gads itu sejak kecil lagi. Hanya kata cacian dan kutukkan sahaja yang keluar dari mulut Ashraf bile bersama Ainnur. Ainnur yang berasa tercabar dengan ejekkan Ashraf telah menerima pinangan dari ibu Ashraf.

Ainnur merahsiakan identitinya yang pernah melanjutkan pengajian ke luar negara dan bekerja sebagai cikgu Bahasa Inggeris dari pengetahuan Ashraf. Dia ingin Ashraf jatuh cinta padanya sebagai budak kampung yang tidak berpendidikan. Apakah kesudahan kisah mereka. Saksikan cerita ini bermula 12 Julai 2013 setiap hari Jumaat jam 9 malam di TV3 atau boleh juga menonton di tonton.com.my.

Bagi mendekatkan lagi penceritaan, apa kata lihat dulu video promo:

 

Hasil adaptasi  novel:

Sinopsis Pelakon Kampung Girl Slot Zehra TV3