Jul 142013
 

*Review Lenovo Ideapad Z400 Touch Screen ini tidak dibayar dan tidak ditulis mengikut kehendak mana-mana pihak. Ianya adalah pendapat dan penilaian ikhlas dari penulis demi pengetahuan dan kepuasan pengguna.

review lenovo z400 touch screen windows 8 laptop notebook

Lenovo baru-baru ini dilihat membuka ruang teknologi mereka kepada laptop touch screen. Satu teknologi baru yang masih hangat dan jarang ada pada laptop masa kini.

Satu inovasi mereka yang ada pada tangan penulis adalah Lenovo Ideapad Z400 touch dan ianya adalah versi paling basic. Ianya dilengkapi touch screen demi mengiringi OS Windows 8 yang dilihat mesra kepada skrin sentuh.

review lenovo z400 touch screen windows 8 laptop notebook

Harga laptop Lenovo Ideapad Z400 touch ini bermula dari RM1499 sehinggalah ke RM2799 menurut website lenovo Malaysia. Harga laptop ditangan penulis ini tentulah hanya RM1499.

Lenovo Ideapad Z400 Touch ini dilengkapi screen 14 inci. Namun frame yang agak tebal menyebakan saiz laptop ini lebar besar dari 14 inci. Frame yang agak besar ini ternyata merupakan kelemahan yang berpunca dari fungsi sentuh Windows 8. Ini kerana terdapat sentuhan ‘swipe’ dari frame kanan ke dalam skrin akan memunculkan satu sidebar yang tersembunyi.

review lenovo z400 touch screen windows 8 laptop notebook (6)

Bagi processor pula, anda boleh memilih variasi cip processor yang anda mahukan dari Intel Pentium dual-core sehinggalah ke Intel Core i7. Bagi laptop di tangan penulis ini, ianya hanya dilengkapi cip Intel Pentium Dual-Core 2.4Ghz. Apa yang penting kerjasama, kelajuan 2.4Ghz ini sudah cukup untuk kerja-kerja dokumen, menonton movie HD dan melayari internet.

Bagi laptop ini yang basic, ianya dilengkapi built-in atau on-board graphic card. Manakala versi Core i5 dan i7 dilengkapi NVidia GT740M 2GB.

Berat keseluruhan laptop ini adalah 2.4kg. Agak berat seperti kebanyakan laptop yang lain. Sepatutnya berat dibawah 2 kg adalah baik untuk pengguna yang banyak bergerak ke merata tempat. Untuk pengetahuan, bahagian bawah laptop tidak mempunyai bahagian yang boleh dibuka untuk penggantian HDD, RAM atau bateri. Lebih kurang sama seperti Macbook air.

Selain itu, laptop ini juga dilengkapi RAM 4GB. Juga agak laju untuk membantu cip processor melakukan kerja-kerja multitasking. Hard Disk yang melengkapi laptop ini adalah 500GB. Dan dibahagian tepi laptop ini dilengkapi pemain DVD, 1 port USB 3.0 dan 2 port USB 2.0. Port HDMI juga turut disediakan selain port untuk wayar LAN dan VGA.

LIHAT JUGA:  Dear Staff TMnet Streamyx Melaka Yang 'Rajin'

review lenovo z400 touch screen windows 8 laptop notebook

review lenovo z400 touch screen windows 8 laptop notebook

Fungsi touch screen juga agak baik dan tiada masalah. Multi touch-pad juga berfungsi agak lancar.

Laptop ini juga didatangkan dengan pilihan fungsi backlit-keyboard. Jika anda mahu jimat dan tidak melakukan kerja dalam situasi kerja yang agak malap, pilih saja laptop yang tiada fungsi backlit keyboard. Untuk menghidupkan fungsi ini hanya tekan butang Fn+spacebar. Agak mengecewakan kerana penulis tidak mendapat fungsi backlit keyboard ini dan ini menyusahkan kerja penulis untuk melakukan kerja blogging dan lain-lain kerja dalam keadaan yang kurang cahaya atau malap. Lainlah jika keyboard ini berwarna putih mungkin senang untuk dilihat.

review lenovo z400 touch screen windows 8 laptop notebook (6)

Bateri bertahan selama lebih kurang 5 jam. Memang amat puas hati bagi mereka yang suka lepak di kedai mamak mahupun Starbuck. Tetapi agak kureng disini kerana bateri tidak boleh ditanggalkan kerana di-built-in terus dalam laptop ini. Jadi untuk menggunakan laptop ini secara terus memerlukan anda mencucuk plug apabila bateri sudah kering dan menanggalkan plug apabila bateri sudah dicas sepenuhnya. Jika plug dipasang terus walaupun bateri sudah penuh, ini akan memendekkan jangka hayat bateri. Agak kureng disitu..

Walaupun fungsi sentuh pada skrin amatlah terbaik, tapi kualiti warna pada skrin agak mengecewakan. Warna yang muncul di atas skrin menjadi agak ‘putih’ dan kurang pekat. Ini pasti mengecewakan para multimedia editor yang bergantung pada kualiti warna untuk hasil kerja mereka. Jadi laptop ini bukanlah pilihan yang baik jika anda memerlukan skrin yang  ‘true color’.

Kesimpulannya, laptop Lenovo Ideapad Z400 touch ini amat sesuai bagi mereka yang tidak mementingkan kualiti skrin tapi lebih mementingkan kepada kualiti ketahanan dan kapasiti storan. Jika anda sanggup berkorban untuk skrin yang agak ‘putih’ dan lebih mementingkan ketahanan bateri, storan, fungsi touchscreen dan OS Windows 8, ternyatalah inilah laptop yang sesuai untuk anda. Dan jika anda kerap melakukan editing gambar, grafik atau video, laptop ini bukanlah pilihan yang terbaik.

Anda ada pendapat sendiri? Boleh kongsikan diruangan di bawah!

(Visited 33 times, 1 visits today)

Comments

  1. akubiomed says:

    Tak sangka pula harganya murah. Saya tempoh hari dapat percuma Acer P3 Ultrabook dengan menyertai contest Acer Malaysia.

    1. FITRIHADI says:

      Wah bertuahnya dapat ultrabook. tahniah.. kena berguru dengan bro ar.. hehe

  2. zool says:

    RM1.300 je?? Murah betul tu..

    1. FITRIHADI says:

      A’ah RM1300 je. tapi ni sendiri punya. Bukan harga kedai. Kalau nak beli, bolehlah bagitau cepat2. hehe


LIKE KAMI DI FACEBOOK