Jul 232013
 

Hari ini kecoh di media sosial mengatakan pelajar sebuah sekolah yang bukan Islam dikehendaki makan di tandas. Benarkah fakta dan dakwaan itu? Sebenarnya isu ini menjadi panas apabila beberapa blogger memaparkan dakwaan KONONNYA pelajar bukan Islam, berketurunan India dan Cina makan di dalam BILIK AIR.

penjelasan Sebenarnya Pelajar Bukan Islam makan Di Tandas

Berikut adalah penjelasan yang diterima dari rakan wartawan Mazidul Akmal: 


Blog Amenoworld di entri terkini memaparkan dakwaan KONONNYA pelajar bukan Islam, berketurunan India dan Cina makan di dalam BILIK AIR.

Saya ingin MEMPERBETULKAN dakwaan itu agar tidak berterusan menjadi FITNAH.

Sumber daripada pihak bertanggungjawab memaklumkan kepada saya kira-kira 30 minit tadi.

“Gambar dirakamkan oleh keluarga pelajar itu kini tersebar di internet BUKAN bilik air tetapi BILIK PERSALINAN telah dinaiktaraf oleh pihak sekolah. Bilik sama dilengkapkan dengan dua meja serta beberapa sinki untuk memudahkan pelajar bukan beragama Islam membasuh tangan mereka,” ujar sumber.

penjelasan Sebenarnya Pelajar Bukan Islam makan Di Tandas

“Mengapakah mereka tidak makan di kantin?,” soal saya.

“Kantin sekolah ditutup sejak hari pertama bulan Ramadan kerana kerja menggantikan pintu kayu dengan pintu kaca. Pihak pengurusan sekolah bimbang jika dalam proses pembinaan itu, mungkin pelajar menggunakan kantin akan tercedera,” jawabnya.

LIHAT JUGA:  (Tribute) 15 Gambar Terbaru Dari Jepun 10 Hari Selepas Gempa Bumi Dan Tsunami

penjelasan Sebenarnya Pelajar Bukan Islam makan Di Tandas

Gambar dipaparkan oleh blogger pro pembangkang itu seharusnya diteliti dan disiasat kesahihannya. Jika benar pelajar makan di bilik air, mengapakah perakam tidak memuatkan gambar mangkuk tandas? Bukankah gambar sebegitu LEBIH tragis sekaligus menjahanamkan imej sekolah majoriti tenaga pengajarnya berbangsa Melayu?

Saya difahamkan, selain pelajar Melayu, Sekolah Rendah Kebangsaan, SRK Seri Pristana, mempunyai 23 pelajar berketurunan India dan 3 Cina. Sekolah terbabit terletak berhampiran Penjara Sungai Buloh, Selangor.

penjelasan Sebenarnya Pelajar Bukan Islam makan Di Tandas

“Boleh tolong hantarkan kepada saya gambar BILIK AIR sekolah itu,” pinta saya.

Sebaik gambar dipinta dihantarkan kepada saya, In Sha Allah, bakal saya kongsikan bersama semua pembaca.

Kes ini telah saya maklumkan kepada kakitangan Pejabat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dan diketahui oleh Pengarah Pendidikan Selangor.

Bukankah molek JIKA blogger Amenoworld terlebih dahulu mendapatkan penjelasan daripada pihak terbabit. Alhamdulillah, saya telah menghubungi pihak berkaitan sebelum memaparkan entri ini.

Bilik air dan bilik persalinan, berbeza.

penjelasan Sebenarnya Pelajar Bukan Islam makan Di Tandas

penjelasan Sebenarnya Pelajar Bukan Islam makan Di Tandas

 

Artikel ini disiarkan di blog Mazidul Akmal disini.

Berikut pula adalah komen dari rakan facebook:

Fakta Sebenarnya Pelajar Bukan Islam makan Di Tandas

P/s: Sebelum nak share sesuatu, selidiklah dulu kesahihannya. Jangan main serkap jarang je :)

(Visited 22 times, 1 visits today)

Comments

  1. […] kami ada kongsikan artikel tentang Pelajar Bukan Islam BUKAN Makan Di Tandas tetapi di bilik persalinan. Terbaru beberapa info dikongsi oleh seorang lelaki india tentang […]

  2. Melayu Bukan Semuanya Islam. Ada yang tak puasa.


LIKE KAMI DI FACEBOOK