Jul 072013
 

Mohon jika ternampak seorang pengkid seperti dalam gambar dibawah sila laporkan kepada polis kerana beliau kini diburu polis atas kesalahan bakar rumah kekasih.

gambar pengkid bakar rumah kekasih

Apa kes? Ini dah macam ‘marahkan nyamuk, kelambu dibakar’. Tapi dia ‘ marahkan kekasih, rumah dibakar’. LOL!

 

ROMPIN: Polis memburu seorang ‘pengkid’ yang dipercayai membakar rumah kekasihnya yang juga seorang wanita di Felda Keratong 10 dekat sini awal pagi semalam. 

Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Johari Yahaya berkata suspek yang berusia  21 itu dan tidak berkerja dipercayai melakukan perbuatan tersebut kerana berang selepas hubungan cinta mereka tidak direstui keluarga kekasihnya.

“Selain memiliki rekod jenayah, suspek juga dikehendaki polis bersabit kesalahan kes dadah,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata kejadian berlaku pada pukul 2 pagi apabila mangsa yang berusia 17 sedang tidur dan terjaga kerana terbau asap di biliknya.

Pasukan bomba yang dihubungi dapat mengawal kebakaran dan hanya bilik berkenaan yang terbakar, katanya.

LIHAT JUGA:  (Video) Kontroversi Sharifah Zohra Jabeen - Listen Listen

Johari berkata suspek yang berasal dari Felda Keratong 10 itu sedang dikesan dan beliau meminta orang ramai yang mengetahui tempat suspek bersembunyi agar menghubunghi pihak polis.

Berita ini disiarkan di Astro Awani DISINI.

 

 

(Visited 36 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK