Jul 242013
 

Al-Fatihah..

Kami baru mendapat berita bahawa seniwati Datin Umi Kalthum atau ‘Bawang Putih’ telah disahkan meninggal dunia.

Seniwati Umi Kalthum Disahkan Meninggal Dunia Al-Fatihah

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang solehah. Takziah diucapkan kepada keluarga beliau. 


KUALA LUMPUR: Seniwati Datin Umi Kalthum, 81, meninggal dunia di kediaman anak sulungnya di Taman Melawati, jam 4 pagi tadi.

Jenazah dijadualkan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Klang Gate, Hulu Klang, sebelum solat Zuhur.

Semasa hayatnya, Umi Kalthum atau nama sebenarnya Patimah Bahudin telah berlakon lebih 20 filem, antaranya Bawang Putih Bawang Merah, Raden Mas, Laila Majnun, Menanti Hari Esok dan Syukur 21.

Wataknya jahatnya sebagai Putih dalam filem Bawang Putih Bawang Merah yang digandingkan dengan Latifah Omar benar-benar meninggalkan kesan kepada penonton.

Beliau juga pernah dipilih sebagai Wanita Melayu Paling Jelita di Asia pada zaman kegemilangannya oleh sebuah majalah di Australia.

Hasil perkahwinan Allahyarham dengan Datuk S Roomai Noor, beliau meninggalkan lapan orang anak, termasuk pelakon, Noorkumalasari, serta 22 cucu dan seorang cicit.

LIHAT JUGA:  (Video) Iklan Enchanteur Paris Body Lotion Oleh Siti Saleha

Seorang lagi anak Allahyarham ialah penyanyi Anita Sarawak hasil perkahwinan pertama S Roomai Noor dengan seniwati Siput Sarawak.

via Berita Harian

(Visited 26 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK