May 042013
 

Video dan berita Flashmob Berdarah Di DUN Sungai Rapat, Ipoh ini mungkin berbeza dari yang disiarkan di TV atau arus perdana. Kebenarannya jauh sekali dari apa yang dilaporkan di TV. Inikah cara hidup yang kita mahukan?

 Video Gambar Flashmob Berdarah Di Ipoh

IPOH – Peserta flashmob Pakatan Rakyat (PR) di Pengkalan Pegoh cedera apabila mendakwa dipukul oleh sekumpulan lelaki dipercayai penyokong parti lawan petang tadi. 

Jurucakap penganjur, Shahari Anuar Ibrahim berkata, dalam kejadian pukul 4.14 petang itu, kumpulan lelaki seramai kira-kira 300 orang yang datang menaiki motosikal secara berkonvoi telah bertindak ganas sambil melakukan provokasi terhadap peserta flashmob.

Beliau mendakwa, keadaan tidak terkawal apabila peserta konvoi sebuah parti politik turut melalui jalan berkenaan dan melanggar lampu isyarat hingga mengakibatkan kesesakan trafik.

“Mereka tidak hiraukan lampu isyarat dan peserta kami menasihati agar mereka beredar segera serta mematuhi undang-undang dan ia mencetuskan kemarahan peserta konvoi berkenaan.

“Berikutan itu berlaku pertelingkahan dan pertikaman lidah di antara kedua-dua pihak sebelum mereka (peserta konvoi) bertindak agresif dengan menyerang dan memukul peserta kami,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di tempat kejadian.

Dakwanya lagi, sebahagian daripada peserta konvoi kemudian bertindak memukul dan mengejar peserta flashmob.

“Mereka menggunakan kayu dan mengejar peserta kami malah keadaan semakin tegang apabila ada di antara kami yang dipukul beramai-ramai.

“Ekoran kejadian itu tiga mangsa dan salah seorang peserta mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan dan kini menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB),” katanya.

LIHAT JUGA:  (Berita) Rumah Imuda Pula Dimasuki Pencuri

Tambah beliau, lebih mendukacitakan apabila selepas kejadian tersebut, peserta konvoi motosikal berkenaan datang semula ke kawasan terbabit.

“Mereka datang semula ke situ seolah-olah cuba cetuskan provokasi hingga mengakibatkan suasana menjadi tegang semula.

“Mujurlah keadaan dapat dikawal dan tiada pertembungan antara kedua-dua pihak,” katanya.

Seorang mangsa, Muhammad Rahmat, 28, berkata, program flashmob pada mulanya berlangsung dengan aman namun setelah kehadiran sekumpulan individu menyebabkan keadaan menjadi huru-hara.

“Mereka berpakaian logo BN dan I Love PM seolah-olah sengaja inginkan kejadian itu berlaku apabila bertembung dengan kami dan mereka telah memukul peserta termasuk saya dengan kayu, batu dan topi keledar.

“Saya dihentak dengan topi keledar dan terpaksa melarikan diri daripada kawasan berkenaan,” katanya.

Jelasnya lagi, kumpulan terbabit turut menyerang secara rambang kepada peserta flashmob terutama yang merakam insiden itu.

via Sinar Harian

_ _ _ _ _ _

Berikut adalah video yang sempat dirakamkan:

 

 


Dan berikut adalah beberapa gambar yang berkaitan:

 

Video Gambar Flashmob Berdarah Di Ipoh

Video Gambar Flashmob Berdarah Di Ipoh

 

Video Gambar Flashmob Berdarah Di Ipoh

Video Gambar Flashmob Berdarah Di Ipoh

Video Gambar Flashmob Berdarah Di Ipoh

 

Disaat-saat terakhir sebelum mengundi ni berjaga-jagalah. Kalau boleh hentikan berkempen kerana semuanya sudah ada pilihan yang terbaik untuk dipangkah. Tugas kita tinggal memangkah saja. Tunggu sajalah keputusan pilihan raya umum PRU13 esok. Doakanlah yang terbaik untuk rakyat…

(Visited 36 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK