May 182013
 

Polis KL melalui laman facebook meraka mengesahkan Adam Adli telah ditangkap dibawah akta hasutan.

adam adli ditangkap polis

Berikut adalah kenyataan media rasmi dari pihak PDRM: 

 

 

Polis Sahkan Adam Adli Ditangkap Kerana Menghasut

 

KUALA LUMPUR, 18 MEI 2013 – PADA JAM 1515HRS, POLIS KUALA LUMPUR TELAH MENANGKAP (1) LELAKI MELAYU ADAM ADLI BIN ABDUL HALIM DI KAWASAN BANGSAR , BRICKFIELDS. SUBJEK KINI DITAHAN DI LOKAP BALAI POLIS JINJANG BERSABIT DENGAN SATU SIASATAN DI BAWAH SEKYEN 4 (1) AKTA HASUTAN 1948.

POLIS KUALA LUMPUR MENASIHATKAN ORANG RAMAI SUPAYA TIDAK MENERUSKAN AKTIVITI SEBEGINI YANG BOLEH MENIMBULKAN KEKECOHAN DAN KEMUDARATAN KEPADA KESTABILAN NEGARA. TINDAKAN TEGAS AKAN DIAMBIL TERHADAP SESIAPA YANG CUBA MENIMBULKAN PECAH KEAMANAN DAN MENCETUSKAN INSIDEN-INSIDEN YANG TIDAK DIINGINI.

t.t
( DATO’ MOHMAD BIN SALLEH ) DCP
KETUA POLIS KUALA LUMPUR

( Dikeluarkan pada 18 Mei 2013 jam 18.30 petang )

_ _ _ _ _ _  _ _ _

(Visited 53 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  (Video) Rakaman Kemalangan Ngeri Di Simpang IPK Melaka

LIKE KAMI DI FACEBOOK