May 062013
 

Ini berita terkini yang baru kami terima. Teki-teki mengatakan Nik Aziz ingin lepas jawatan MB Kelantan terjawab selepas YB Ahmad Yaakob dikatakan akan mengangkat sumpah menjadi Menteri Besar Kelantan di Istana Negeri Kubang Kerian jam 4.30 petang ini.

Nik aziz Bersara Ahmad Yaakob MB Kelantan

KOTA BAHRU – Kelantan akan mempunyai seorang Menteri Besar yang baru selepas satu tempoh selama 23 tahun bagi menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, 82 yang mengetuai kerajaan negeri sebagai Menteri Besar sejak 1990. 

Datuk Ahmad Yaakob dijangka mengangkat sumpah di hadapan Sultan Kelantan jam 4.30 petang ini.

Difahamkan sebelum ini, Nik Aziz, 82, telah menyuarakan hasrat untuk menyerahkan kerusi nombor satu negeri itu kepada pemimpin baru, namun desakan dalaman parti yang masih mahu beliau mengekalkan kerusi yang disandangnya sejak 23 tahun itu.

Difahamkan juga beberapa muka baru akan diangkat sebagai Exco kerajaan negeri.

Ahmad Yaakob MB Kelantan Nik aziz Bersara

YB Ahmad Yaakob

Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semalam, Pas Kelantan mengekalkan pemerintahannya dengan mendapat 33 kerusi berbading 12 oleh Barisan Nasional.

LIHAT JUGA:  (Berita) Rumah Sharifah Shahira Dimasuki Pencuri

via Sinar Harian

_ _ _ _ _ _ _

Apapun keputusan TGNA, semoga Allah merahmati insan kecil yang berjiwa besar ini. Tahniah diucapkan kepada YB Ahmad Yaakob kerana menjadi MB Kelantan yang baru.

(Visited 36 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK