May 252013
 

Agak kelakar kisah kecurian kereta yang terjadi pada pasangan suami isteri ni. Sekadar hiburan di hujung minggu. Bacalah bagaimana si isteri ni kehilangan kereta beliau! Keh3..

kisah kecurian kereta suami isteri yang agak kelakar

Selepas mesyuarat, saya pun keluar dari hotel dan mencari kunci kereta saya. Alamak. Takde pulak dalam poket. Naik balik pergi cari dalam bilik mesyuarat. Pun takde.

Tiba-tiba, saya teringat yang saya mungkin tertinggal kunci tersebut dalam kereta. Suami saya dah banyak kali ingatkan saya supaya tidak meninggalkan kunci dalam kereta. Namun begitu, teori saya adalah tempat cucuk kunci kereta adalah tempat yang selamat untuk tidak menghilangkan kunci kereta. Tapi teori suami saya adalah kereta saya mudah dicuri jika begitu. Tanpa berfikir panjang, saya bergegas ke tempat letak kereta.

Alamak. Sah kereta aku hilang! Teori suami saya betul. Tempat parking tersebut kosong. Habuk pun tarak..

On the spot, saya telefon polis dan memberitahu mereka lokasi, nombor plat kereta dan beberapa maklumat tentang tempat saya parking kereta. Dengan jujur saya memberitahu mereka saya tertinggal kunci di dalam kereta dan menjadi sebab ianya dicuri.

LIHAT JUGA:  (video) SHUT UPPPPPPPPP!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Selepas beberapa lama, saya dengan berat hatinya terpaksa menelefon suami saya untuk memberitahu berita buruk ini.

“Abang.. Err.. Saya tertinggal kunci dalam kereta. Dan yang teruknya kereta kita dah kena curi.”

Lama jugak la kami terdiam membisu tanpa sepatah kata. Tiba-tiba..

“Hello makcik! Awak mengarut apa ni? Tadi kan saya yang hantar awak ke hotel!”

Alamak. Kali ni saya terdiam. Malunya. Lalu saya berkata “Oh ye ke? Datang la ambik saya kat sini. Keh3..”

Tapi lain pulak yang dia jawab “Memang la saya nak pergi ambik awak tapi awak tolong explain kat encik polis ni yang saya tak curi kereta awak. Adehh…”

(Visited 20 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK