May 272013
 

Semalam 26 Mei 2013 telah berlaku satu kemalangan yang seterusnya mengakibatkan kebakaran membabitkan 4 buah kereta di Perlis.

Gambar  Video Kebakaran 4 Buah Kereta Di Perlis 26 Mei 2013

Gambar dan video kejadian sempat dirakamkan oleh orang ramai. Dipercayai sebuah kenderaan Toyota KE90 telah terlanggar dengan sebuah Proton Saga BLM. Ketika cuba menghidupkan Toyota KE90 tersebut, berlaku kebakaran berpunca dari tumpahan minyak kenderaan tersebut. Akibatnya 3 buah kereta lain iaitu Proton Preve, Perodua Myvi dan Toyota Camry yang diletakkan di tepi jalan turut terbakar.

Berikut adalah rakaman video semasa dan selepas kebakaran: 

 

 

 

Harian Metro turut melaporkan :

Padang Besar: Seorang wanita yang menunggu hari untuk bersalin terkejut apabila kereta Perodua Myvi miliknya yang diletakkan di tepi jalan terbakar ketika dia menikmati hidangan di majlis kenduri kahwin di Batu 8, Jalan Kaki Bukit, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari, kereta milik Rusmazailina Othman, 25, terbakar bersama dua kereta lain milik saudaranya yang diletakkan berhampiran ketika mengikuti rombongan pengantin lelaki.

LIHAT JUGA:  (Berita) Wanita OKU Terkurung 10 Tahun Dalam Bilik Gelap

Difahamkan, ketiga-tiga kereta berkenaan disambar api akibat tumpahan minyak dari sebuah kereta Toyota KE20 yang cuba dihidupkan enjin selepas terbabit kemalangan dengan sebuah Proton Saga sebelum itu.

Menurut ibu mentua Rusmazailina, Salwa Ibrahim, 50, ketika kejadian, dia bersama anaknya, Mohd Fikri Mokhtar, 25, dan menantunya makan di majlis perkahwinan pihak pengantin perempuan.

“Ketika hampir selesai makan, kami dikejutkan dengan bunyi letupan sebelum terdengar suara riuh-rendah orang ramai di depan jalan rumah pengantin perempuan menyebabkan kami bergegas pergi untuk melihat apa yang berlaku.

 

Gambar  Video Kebakaran 4 Buah Kereta Di Perlis 26 Mei 2013

(Visited 89 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK