May 042013
 

Tahniah diucapkan kepada pasangan Jehan Miskin dan Julie Rhee atas pernikahan mereka hari ini. Beberapa gambar semasa majlis tersebut sempat dirakamkan oleh krew Rotikaya.

gambar majlis pernikahan jehan miskin julie camelia rhee

Pasangan ini telah selamat diijabkabul dalam satu majlis indah di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur tepat jam 2.40 petang tadi dengan mahar berjumlah RM12,000. Masing-masing segak dan memang sepadan bagai pinang dibelah dua. Untuk pengetahuan semua, Julie Camelia Rhee berasal dari Korea. 

 
gambar majlis pernikahan jehan miskin julie camelia rhee

gambar majlis pernikahan jehan miskin julie camelia rhee

gambar majlis pernikahan jehan miskin julie camelia rhee

gambar majlis pernikahan jehan miskin julie camelia rhee

gambar majlis pernikahan jehan miskin julie camelia rhee

gambar majlis pernikahan jehan miskin julie camelia rhee

gambar majlis pernikahan jehan miskin julie camelia rhee

gambar majlis pernikahan jehan miskin julie camelia rhee

Majlis akad nikah ini hanya dihadiri oleh kira-kira 100 orang tetamu. Acara diteruskan dengan majlis resepsi dan acara minum petang (Hi-Tea) bagi meraikan kedua-dua pengantin. Jehan mengenakan busana mempesona tajaan Bon Zainal, manakala isterinya kelihatan begitu menawan dengan busana indah yang ditaja oleh Zaterra dan Celest Thoi.

gambar majlis pernikahan jehan miskin julie camelia rhee

Tahniah sekali lagi diucapkan atas perkahwinan anda berdua. Semoga kekal hingga akhir hayat.

(Visited 79 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  Kisah Sedih Di Sebalik Lagu 'Tears In Heaven' Dendangan Eric Clapton

LIKE KAMI DI FACEBOOK