Apr 142013
 

Sejak dua tiga hari lepas, saya diserang cirit-birit. Kerana sakit, banyak juga info saya baca berkaitan punca, ubat dan rawatan yang sesuai untuk mengurangkan sakit ini.

Cirit Birit Punca Ubat Rawatan

Saya mula sakit selepas memakan roti canai segera yang di beli di sebuah pasaraya. Yang menjadi masalah bukan roti canai, tapi kuah dal dan sambal yang disejuk beku tersebut. Berkemungkinan dal tersebut telah basi (tidak disejukbekukan) atau mungkin juga sambalnya tidak ditumis dengan betul. Memang ada bau kurang enak disitu. Selepas itu bermulalah episod panggilan alam yang bertalu-talu.

Untuk pengetahuan, punca cirit-birit boleh terjadi atas beberapa faktor seperti: 

  • Meminum air yang tercemar.
  • Memakan makanan yang tercemar.
  • Alahan makanan.
  • Jangkitan virus, bakteria atau parasit pada usus, contohnya Rotavirus, Shigella dan ameba.
  • Penyakit yang berkaitan dengan ketegangan yang menyebabkan masalah kekurangan enzim penghadaman.

Antara tips pemakanan semasa cirit-birit:

  • Minum banyak air.
  • Kurangkan makanan pejal dan keras.
  • Elakkan minuman beralkohol, berkafein dan susu.
  • Minum 100plus untuk menggantikan cecair yang banyak hilang dari badan.
  • Ambil makanan yang lembut seperi bubur, biskut kraker atau roti bakar, atau epal atau pisang yang dimasak.
  • Elakkan makanan berlemak, daging dan sayur-sayuran mentah, yang lebih susah untuk dihadam.
LIHAT JUGA:  12 Tips Penting Jika Masuk Atau Bermalam Di Hutan

Bagi rawatan dan ubatnya pula, bolehlah ke klinik atau farmasi yang berdekatan. Doktor akan memberikan ubat ORS atau Oral Rehydration Salt berupa serbuk garam berperisa seperti orange. Ianya sama seperti garam yang digunakan untuk memasak. Boleh buat sendiri jika mahu. Hanya bancuh segelas air dengan secubit garam dan sesudu gula.

ors oral rehydration salts Info Cirit Birit Punca Ubat Rawatan

Atau jika anda ke farmasi, ada juga pharmacist yang akan memberikan anda pil karbon. Ianya juga mujarab untuk menghilangkan rasa sakit perut anda dengan segera. Saya beli pil carbon ni dengan harga RM4.20 sepapan. Alhamdulillah, memang berkesan mengurangkan sakit perut. Ahli farmasi tersebut menyarankan supaya makan setiap 8 jam. Jika sudah lega, tak perlu makan dah pil ni.

pil karbon Info Cirit Birit Punca Ubat Rawatan

Pil chi kit teck aun pula tak digalakkan makan kerana ianya hanyalah menyerap air dalam najis supaya menjadi ketulan, tetapi bakteria atau kuman dalam perut masih lagi bergerak aktif.

Jika cirit-birit tidak berhenti dalam 2-3 hari atau jika keadaan menjadi lebih tenat, segeralah berjumpa dengan doktor anda. Semoga bermanfaat!

Rujukan: efarmasi.com,

Gambar via Hasleenda.blogspot

(Visited 2,830 times, 4 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK