Apr 142013
 

Saya ada terbaca info di facebook bahawa air minuman Kickapoo Joy Juice datang dari sebuah syarikat arak bernama Monarch Beverage. Betul ke?

Info Air Kickapoo Datang Dari Syarikat Arak

Setelah menerjah laman web Monarch Beverage ternyata syarikat tersebut hanyalah mengilangkan produk minuman ringan atau minuman tenaga dan bukanlah arak seperti yang dikatakan. Antara produk mereka yang lain selain air minuman Kickapoo ialah:

Lagipun laman wikipedia Kickapoo turut mengatakan:

Kickapoo Joy Juice is a citrus-flavored soft drink brand owned by The Monarch Beverage Company. The name was originally introduced in Li’l Abner, a comic strip that ran from 1934 through 1977. Although Li’l Abner’s Kickapoo Joy Juice was an alcoholic drink, the real world beverage is a lightly carbonated soda pop.

Jika benar beralkohol, ianya hanya wujud dalam komik Lil’ Abner tersebut.

Perlu diingatkan bahawa terdapat lagi satu syarikat yang mempunyai nama sama iaitu Monarch Beverage Company yang berpusat di Indiana. Sememangnya syarikat ini mengeluarkan arak. Tapi ianya bukan syarikat yang sama mengeluarkan minuman Kickapoo ini. Logo, produk dan pusat operasi mereka jauh berbeza sama sekali.

LIHAT JUGA:  (Fakta) Tentang Kamera Penguatkuasaan Automatik AES

Jadi, khabar angin mengatakan Kickapoo adalah minuman beralkohol adalah tidak benar. Ia hanyalah minuman ringan berkarbonat berperisa citrus.  Lagipun apakah fungsi logo halal yang ditampal di label botol tersebut jika ianya beralkohol.

halal Info Air Kickapoo Datang Dari Syarikat Arak

via Direktori Halal Malaysia

Silalah selidik dahulu sebelum berkongsi. Semoga bermanfaat.

(Visited 201 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK