Apr 142013
 

Pilihan Raya PRU-13 semakin hampir. Bagi yang belum mendaftar bolehlah ikut cara daftar pemilih dan membuat semakan pendaftaran secara online.

Cara Daftar Semakan Online Pemilih Pilihan Raya PRU-13

Sebelum itu, syarat pendaftaran bagi menjadi pemilih haruslah memenuhi kriteria berikut: 

  • Warganegara Malaysia;
  • Sudah mencapai umur 21 tahun;
  • Bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan; dan
  • Tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa.

Cara-cara Daftar Pengundi Baru

*Telah dikemaskini untuk panduan pada tahun 2016 ke atas

++ UNTUK PEMILIH BIASA

Untuk mendaftar sebagai pemilih biasa, anda perlu:

  1. Datang sendiri ke mana-mana pusat-pusat pendaftaran atau di pejabat pos;
  2. Serahkan kad pengenalan anda kepada petugas SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda;
  3. Semak borang pendaftaran yang telah diisikan oleh petugas SPR dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul dan mengikut sebagaimana dalam kad pengenalan anda sebelum menurunkan tandatangan;
  4. Menurunkan tandatangan anda selepas berpuas hati; dan
  5. Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran, Rang Daftar Pemilih Tambahan nanti.

 

++ UNTUK PENGUNDI TIDAK HADIR (PTH)

Anggota Tentera

Pendaftaran PTH dari kalangan ATM dilaksanakan oleh pegawai-pegawai JRP-ATM.

Untuk mendaftar sebagai PTH, anda perlu:

  1. Menghubungi petugas-petugas SPR yang dilantik dari kalangan pegawai JRP;
  2. Serahkan kad pengenalan tentera anda dan MyKAD (untuk pasangan) kepada petugas yang dilantik oleh SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda.
  3. Apabila diserahkan kembali borang yang telah diisikan, semak borang pendaftaran yang telah diisikan dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul, sebelum menurunkan tandatangan;
  4. Turunkan tandatangan anda selepas berpuas hati; dan;
  5. Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran draf Daftar Pemilih Tambahan.
LIHAT JUGA:  (Berita) Tiang Lampu Tusuk Perut Penumpang Kereta

Nota:

  • Pusat Mengundi anggota ATM dan pasangan adalah ditetapkan mengikut alamat tempat bertugas anggota ATM tersebut.
  • Hanya anggota ATM dan pasangannya sahaja yang layak untuk mendaftar sebagai PTH. Anggota keluarga yang lain perlu mendaftar sebagai pemilih biasa dan Pusat Mengundi ditetapkan menggunakan alamat kediaman pemohon (sebagaimana dalam kad pengenalan).

 

++ WARGANEGARA MALAYSIA YANG BERADA DI LUAR NEGARA

Pendaftaran PTH dari kalangan penjawat awam atau pelajar di luar Negara serta pasangan mereka dilaksanakan oleh pegawai-pegawai pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara.

Untuk mendaftar sebagai PTH (luar negara), anda perlu:

  1. Datang sendiri ke pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara;
  2. Serahkan MyKad atau pasport anda kepada petugas yang dilantik oleh SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda;
  3. Nyatakan alamat tempat tinggal di luar Negara anda, pekerjaan anda dan nombor siri borang A kepada petugas untuk diisikan dalam sehelai kertas A4 dan dikepilkan dengan borang pendaftaran anda.
  4. Semak borang pendaftaran yang telah diisikan dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul, sebelum menurunkan tandatangan;
  5. Turunkan tandatangan anda setelah berpuas hati; dan
  6. Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan.

 

Cara menyemak Semakan Daftar Pemilih:

Cth; SPR SEMAK 800101045243 dan hantar kepada 15888

Cara Daftar Semakan Online Pemilih Pilihan Raya PRU-13

Call center: 03-8892 7000

Semoga bermanfaat dan selamat mengundi!

(Visited 1,816 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK