Apr 172013
 

Awas kepada pemegang kad kredit atau kad debit. Hari ini saya ingin kongsikan kisah sindiket tipu minta nombor kad kredit atau kad debit. Dengan hanya beberapa nombor yang anda beri pada orang, wang dalam akaun anda mungkin hilang dalam sekelip mata.

sindiket tipu minta nombor kad kredit debit

Ikuti kisah sebenar di bawah: 

_ _ _ _ _ _ _ _

Untuk kawan2 fb, just nk share pe yang berlaku pada kawan saya hari ni.

lebih kurang jam 11.30 pagi hari ni, saya dapat call daripada private number dan antara dialog yang berlaku dengan seorang wanita india yang sgt berbudi bahasa:

Wi: selamat pagi boleh bercakap dengan en. zufri?
Mz: ye saya bercakap, ada pe ye?
Wi: saya…..daripada pihak bank ingin membuat pengesahan berkenaan kad bank encik.
Mz: awak ni dari mana?
Wi: saya daripada pusat panggilan malaysia, ingin membuat pengesahan mengenai kad maybank encik.
Mz: Oh ok…( sebab penah dapat call dari maybank sebelum ni cakap perkara yang sama, jadi saya percya kan dia)
Wi: ok encik, saya cuma nak buat pengesahan mengenai kad bank yang encik gunakan skrang.
boleh saya tau alamt penuh encik?
Mz: alamat saya….
Wi: boleh dapatkan nombor ic…
Mz:90xxxxxxxx
Wi: ok..encik masih lagi menggunakan kad ini ye?
Mz: ye saya…
Wi: dah brapa lama ia digunakan?
Mz: hampir 2 tahun…
Wi: ok saya ingin membuat pengesahan, kad debit encik bermula dengan 4283 3210
Mz: ye btol…
Wi: boleh encik lengkapkan 8 nombor terakhir
Mz:16xx xxxx
Wi: terima kasih atas kerjasama diberikan…skrang, encik ada tanda tangan dibelakang kad debit encik ke?
Mz: ye ada…
Wi: disebelah tanda tangan ada nombor ahli…boleh bacakan saya nombor ahli kad encik?
Mz: xxx…
Wi: ok..sekarang saya ingin memberitahu en zufri kad encik gunakan adalah mengikut laporan kami. Kami daripada pihak kerajaan ada menyediakan kad i-klinik dimana semua rakyat malaysia berhak mendapatkan kad ini. dia boleh digunakan ketika encik..mintak maaf, andai kata kemalangan atau ditimpa musibah, dia akan memberi encik potongan 30-70% di klinik-klinik terlibat. Encik juga boleh membawa ibu dan ayah ke klinik dengan percuma dan encik juga boleh diberikan diskaun pelancongan dengan kad ini. Saya akan menghantar kad ke alamat yang encik berikan. Kad ini berharga RM299.00. Saya telah pun membuat penolakan dari kad maybnk encik.

LIHAT JUGA:  (2 Gambar) Kereta Toyota Vios Terbang Di Mersing, Johor

Mz: Eh. a..awk ckp tdi nk buat pengesahan kad saya, nape pulak tiba-tiba awak nak ambil duit saya? ada saya cakap saya nak beli kad awak ni.. Jangan nak memandai lah.
Wi: Encik telah berikan saya butiran encik dan bermakna encik stuju..
Mz: Awak jangan ingat saya nak sangat dengan kad tu.
Wi: Ok takpe.. Kalau encik tak nak, saya takkan hantar kad tu.. tapi duit encik telah ditolak.. Bila-bila masa encik nak kad tu, boleh hubungi kami dan kami akan hantarkan… encik kerja mana?
Mz: Saya kerja TNB.. Saya tak perlukan kad awak. Saya dapat semua kemudahan perubatan. Mak bapak sy pun dapat kemudahan jugak. Kenapa perlu saya nak gunakan kad awk. Saya tak nak, tolong batalkan…
Wi: (dah mula bengang) Sekarang ni, saya dah tolak, encik tak boleh buat apa-apa lagi. Nak tak nak saya dah tolak duit encik.
Mz: Awak kerja mana ni? Awak kerja dengan siapa?
Wi: Saya kerja di rawang dan ini adalah dari goverment. Ok encik, ada apa-apa lagi? Kalau takde apa-apa terima kasih kerana berikan kerjasama…( terus letak phone)

Darah dah tak tenteram, buka terus Maybank2u…
Nasib baik, duit masih ada. Apa lagi, cepat-cepat call Maybank buat pengesahan…

Pegawai bank maklum, ia adalah sindiket yang cuba nak dapatkan butir peribadi kad bank. Nombor 8 digit pertama disebutkan adalah nombor sama untuk pemegang kad, no 8 digit terakhir dia akan mintak kepada kita. Untuk nombor ahli kad sebelah tanda tangan tu adalah nombor yang penting untuk pengesahan kad. Encik tak perlu risau. Dia tak berjaya mengambil duit dari akaun encik. Saya telah batalkan kad dan encik perlu membuat kad lain bagi memastikan keselamatn dari pihak kami.. Kan dah jadi masalah besar………!!!!

Sila sebarkan agar sindiket ini dapat dipatahkan dan tiada mangsa baru yang terkena. Berhati-hatilah jika ada pihak yang meminta sebarang maklumat dari anda melalui panggilan telefon.

(Visited 1,260 times, 1 visits today)

Comments

  1. cot says:

    My younger bro br terkena pg td. X sempat dia nk kuarkan duit dr acc msybsnk, dh kena deduct.. adoiii la, sian dia…

    1. FITRIHADI says:

      A’ah lain kali kena jaga-jaga kalau dapat panggilan yang kononnya dari bank ni…

  2. nik hidayatuamal says:

    i baru je kena perkara yang sama

  3. […] Dan hasilnya ternyata mengejutkan kerana nombor tersebut berada dalam list sindiket penipuan tersebut. Rasanya adalah dua tiga kali saya mendapat panggilan penipu seperti ini. Dan isi percakapan mereka adalah seperti dialog yang dikongsikan di entry ini. […]


LIKE KAMI DI FACEBOOK