Mar 082013
 

Agak sedih, geram dan terkilan bila melihat video sebuah kereta Perodua Viva yang menghimpit sebuah kereta Perodua Myvi sehingga kemalangan. Yang lebih menyakitkan hati, kereta Perodua Viva tersebut terus melarikan diri.

Video Kereta Perodua Viva Himpit Myvi Hingga Kemalangan

Namun sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Kejadian kurang adab yang berlaku di kawasan Jusco Tebrau City, Johor Bahru tersebut berjaya dirakam oleh seorang pemandu yang memasang kamera dashboard. Nombor pendaftaran kenderaan tersebut turut berjaya dirakam dipercayai bernombor JMP7351. Saksikan kemalangan tersebut dibawah: 

 

Alternative video: LINK1

Tak dapat dipastikan kenapa Viva tersebut bertindak begitu. Mungkin ingin menukar lorong tanpa melihat cermin sisi atau tidak memberikan isyarat lampu. Atau mungkin juga beliau terlalu letih hingga hilang kawalan. Tapi yang agak terkilan kenapa perlu larikan diri?

Fit: Sememangnya spesies yang tak kenal lampu signal dan cermin sisi atau yang panas baran takde sifat sabar ni amatlah menyusahkan pengguna jalan raya yang lain. Setuju?

(Visited 64 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  (Terkini) Keputusan Rasmi Pilihan Raya Umum PRU13

Comments

  1. […] jadi macam Viva himpit Myvi ni sudah. Lepas langgar terus blah. Takde otak punya […]


LIKE KAMI DI FACEBOOK