Mar 132013
 

Drama berjudul Bangkitnya Seorang Perempuan akan mengisi slot Samarinda pada hari Selasa, Rabu dan Khamis jam 10 malam. Agak menarik sinopsis dan pelakon dalam cerita ini.

sinopsis pelakon bangkitnya seorang perempuan tv3

Antara barisan pelakon yang terlibat adalah: 

  • Anzalna Nasir
  • Afiq Muiz
  • Ryzal Jaafar
  • Faradhiya
  • Eina Azman
  • Dynas Mokhtar
  • Riezman Khuzaimi
  • Haleeda Mazlin
  • Amar Baharin dan ramai lagi

Berikut adalah sinopsis drama Bangkitnya Seorang Perempuan ini:

Bermula dari percintaan Balqish (Anzalna Nasir) dan Radzi (Ryzal Jaafar) yang tidak kesampaian setelah Radzi dikahwinkan dengan anak ketua kampung iaitu Zila (Faradhiya). Balqish yang cuba menerima kenyataan tersebut mula menjauhkan diri dari Radzi tetapi Radzi tidak rela melihat lelaki lain mendampingi bekas kekasihnya itu. Balqish, seorang gadis berusia pertengahan 20an cukup disenangi penduduk kampung kerana sikap ramah, riang dan mempunyai kebolehan menjahit.

Suatu hari, Radzi berpura-pura mahu menempah baju di rumah Balqish sebelum memperdaya merogol gadis ini di kawasan semak berhampiran. Sejak itu, Balqish berubah menjadi seorang yang sering termenung dan mengurungkan diri dari orang lain serta kadangkala menjerit selepas diganggu mimpi ngeri. Pernah ditanya oleh ibunya, Mak Shidah (Haleeda), siapakah yang sanggup melakukan perbuatan keji ini. Apabila Balqish menjawab Radzi, sukar untuk Mak Shidah percaya kerana Radzi cukup terkenal dengan sifat waraknya. Hatta, Radzi sering ke rumah mereka untuk menawarkan diri berkahwin dengan Balqish bagi menutup malu keluarga Mak Shidah.

Apakah yang terjadi selepas itu? Tonton kesudahan cerita ini setiap Selasa, Rabu dan Khamis setiap jam 10 malam.

sinopsis pelakon bangkitnya seorang perempuan tv3

Tonton video promo cerita ini di bawah:

LIHAT JUGA:  (Sinopsis | Pelakon) Eksperimen Cinta - Slot Dahlia TV3

 

Semoga terhibur!

(Visited 290 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK