Mar 112013
 

Tak sangka pula yang plat nombor IM4U akan wujud. Pihak JPJ sendiri mengesahkan tender dan pembelian Plat Nombor 1M4U kini dibuka dan pembeli perlu download dan isi borang yang disediakan ni.

pendaftaran tender plat nombor 1M4U

Tender akan dibuka dari 12 Mac sehingga 29 Mac 2013 sebelum jam 5 petang. Siapa yang teringin nak ada plat nombor IM4U tersebut bolehlah cepat-cepat isi borang dan bayar mengikut harga yang ditetapkan.

Syarat-syarat pembelian adalah seperti berikut: 

  • Setiap permohonan hendaklah dibuat melalui Borang Tawaran Nombor Pendaftaran Kenderaan yang boleh
    dimuat turun DISINI
  • Setiap tawaran hendaklah disertakan dengan deposit , iaitu 50% daripada harga tawaran yang dibuat tetapitidak
    kurang daripada RM 500.00 sebagai deposit minimum. Sekiranya deposit tawaran tidak disertakan atau deposit
    tawaran yang disertakan adalah kurang daripada 50% maka permohonan adalah terbatal dengan sendirinya.
  • Borang permohonan ini hendaklah ditandatangani oleh pemohon sendiri. Sekiranya syarikat, ianya hendaklah
    ditandatangani oleh orang yang diberi kuasa dan cop rasmi Syarikat.
  • Borang permohonan bersama-sama dengan deposit tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat
    yang bertutup dan berperekat rapi.
  • Semua tawaran untuk nombor pendaftaran hendaklah dipos atau dihantar terus ke alamat berikut:
    Urusetia Plat 1M4U
    SW-03A-06, Cova Square, Jalan Teknologi,
    Kota Damansara, PJU 5, 47810, Petaling Jaya,
    Selangor Darul Ehsan.
    Tarikh tutup permohonan pada hari Jumaat 29 Mac 2013 jam 5.00 petang. Semua permohonan yang diterima
    melebihi tarikh dan masa yang telah ditetapkan, akan ditolak permohonannya
  • Pemohon yang berjaya mendapatkan nombor pendaftaran melalui sistem tawaran ini hendaklah
    mendaftarkan nombor tersebut pada sebuah kenderaan atas nama pemohon sendiri atau boleh dipindah milik
  • Bayaran penuh tawaran nombor pendaftaran yang berjaya hendaklah dibuat dalam tempoh 2 minggu. Sekiranya pemohon gagal menjelaskan baki tersebut maka deposit tawaran sebanyak 50% yang telah dikemukakan
  • Bagi pemohon-pemohon yang tidak berjaya, deposit akan dikembalikan secepat mungkin.
  • Nombor yang sudah dibayar tetapi gagal didaftar dalam tempoh yang ditetapkan akan ditarik balik dan sebarang
    bayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan dan bagi kes-kes tertentu yang menghalang pendaftaran dalam tempoh 6 bulan, perlanjutan tempoh boleh dibenarkan tetapi tertakluk kepada bukti-bukti kukuh yang boleh menyokong permohonan tersebut.
  • Permohonan yang tidak lengkap atau lewat akan di TOLAK.
  • Pihak 1M4U tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran tertinggi atau mana-mana permohonan tawaran.
  • Keputusan Jawatankuasa Tawaran adalah muktamad
  • Harga pembelian adalah seperti berikut:
LIHAT JUGA:  (Ngeri) Kucing Masih Hidup Walaupun Ditikam Di Kepala

harga pembelian plat nombor im4u 1m4u

Contact info

Plat 1M4U Secretariat

SW-03A-06,
Cova Square,
Jalan Teknologi,
Kota Damansara PJU 5,
47180, Petaling Jaya,
Selangor
Khizanif – 0133140188
Zulaikha – 0169035130
Ismail – 0193645538

info via platim4u.com

Fit: Ramai ke yang nak beli nombor plat ni?

(Visited 267 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK