Mar 052013
 

Bagi yang berkunjung ke Melaka, bolehlah singgah ke kedai makan ‘Bakso Bola Tenis’. Memang terbaik dan sedap!

gambar bakso bola tenis melaka

Ini Bakso LB – mi wantan. Antara yang special dalam menu. Saya baru makan minggu lepas. Memang terbaik!

Bagi yang tak tahu, bakso adalah hidangan sup bebola daging. Anda boleh pilih jenis hidangan untuk dimakan bersama seperti mi, kuey tiaw, bihun atau mi wantan. Dan anda boleh pilih saiz bebola daging seperti berikut diikuti dengan harga setiap hidangan: 

  • Bakso Biasa (1 besar & 2 kecil) – RM4.00
  • Bakso Special (2 besar) – RM5.50
  • Bakso LK – (1 besar & 5 kecil) – RM5.50
  • Bakso LB (2 besar & 2 kecil) – RM6.00

Hidangan biasa lain juga ada seperti makanan bergoreng. Selain bakso, nasi ayam mereka juga sedap. Bolehlah cuba. Waktu operasi bermula petang hingga malam.

Lokasi kedai makan ini adalah berhadapan dengan pintu masuk Hospital Besar Melaka.

lokasi kedai makan bakso bola tenis melaka

Lokasi kedai makan ‘Bakso Bola Tenis’ Melaka

Jika anda ke Banda Hilir pasti akan terserempak dengan kedai ini. Tapi ingat, ada beberapa kedai di situ. Kalau nak pergi berkunjung ke kedai ini, sila pastikan anda ke kedai yang betul. Harap-harap tak tersalah kedailah.

gambar kedai makan bakso bola tenis melaka

Gambar kedai makan Bakso Tenis Melaka. Jangan tersalah kedai pulak..

Selamat mencuba!

LIHAT JUGA:  (Susulan) Mangsa Serangan Pekerja KFC Nafi Lakukan Provokasi

Photo via bukhairiah.blogspot & fitrihadi

 

Fit: Dah lama tak jadi food blogger..

(Visited 309 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK