Mar 142013
 

Ramai yang terkejut dengan penyebaran gambar bayi yang berdarah di wad sebuah hospital kerajaan. Persoalannya salah jururawat atau salah bayi itu sendiri?

gambar bayi berdarah wad jururawat hospital

Rata-rata pembaca pada mulanya menghentam sikap nurse yang menyalahkan bayi berkenaan. Memang ada nurse baik dan ada nurse yang kurang baik. Tapi kita tidak tahu siapa sebenarnya nurse tersebut. Akan tetapi ramai juga yang tidak menyalahkan jururawat tersebut. Mungkin kerana mereka sudah ada pengalaman dengan rawatan di hospital atau pernah melahirkan dan menjaga bayi.

Bayi tersebut sebenarnya mengalami demam kuning atau jaundis. Dan cara rawatannya adalah ditutup mata bayi tersebut dan diletakkan di bawah sinaran lampu biru. Berkemungkinan gambar tersebut menunjukkan bayi tersebut sebelum/akan menjalani rawatan lampu biru sebab itu matanya ditutup. Dan darah tersebut adalah kerana jarum IV yang dicucuk dikaki tercabut bila bayi tersebut banyak bergerak. Hal ini biasa terjadi baik kepada yang dewasa mahupun bayi.

BACA JUGA: (Artikel) Kerjaya & Pengorbanan Jururawat Yang Mulia

Berikut adalah komen bernas dari pembaca untuk dikongsi bersama: 

Agreed..selalunya nurses yg di unit neonatal are among the best… saudara-saudari…sebelum komen dan mencaci orang..cuba baca dulu penerangan org2 lain di atas tu..
1. Baby ni mesti bwh phototheraphy sebab kuning.. sebab tu mata dia ditutup dan mesti bogel sepenuhnya.. nampak kejam? Tapi itu cara perawatan yerr…
2. Line kat kaki mana dapat splint. Lain la di tangan.. so kdg2 baby yg active bergerak boleh tercabut connector dkt iv line tu.. ini minor sahaja..
3. Abang jiwang.. kalau baby ni menangis sebab sakit..mesti awal2 emak dia dah sedar dan panggil nurse awal2..takde la tompok2 darah tu merata2.. ini mesti kes mak pun tido lena.. bila baby dah sedar n nangis nak susu baru emak sendiri sedar line dah tercabut dan ada tompokan darah..sooo mother start panicking! Fikir dulu ya sebelum menuduh nurses melayan pesakit seperti haiwan just kerana baby tu menangis…
3. Bayi sekecil ni bukan senang nak dapatkan iv line..very precious.. so para nurses selalunya takkan ambil sambil lewa nak biarkan line tu tercabut mcm tu je…
4. Kalau baca balik..mula2 bila ditanya nurses tu dah jawab sebab baby byk bergerak..which is true and accidentally iv line ni tcabut.. bila tanya lagi..nurses jawab agak kasar…
Mungkin bapa budak ni emo sikit.. mula tunjuk tak puas hati..dah la masa tu nurses perlu buat report..penat..mau handover lagi..nak jawab dua tiga kali lagi dgn parents yg mungkin agak fussy dan tak puas hati dgn penerangan mungkin agak kelam kabut.. so jawapan yg diberi agak kasar..tapi dpt senyapkan bapa bayi ni.. dlm context ni..saya rasa kalau betul itu jawapan yg diberikan.. part ni kita boleh tegur nurse ni.. jawapan tu yg sebenarnya buatkan bapa bayi ni tak puas hati…

Saya bukan nurse…tapi saya rasa memanggil org lain syaitan dan caci maki anda diatas menunjukkan peribadi anda semua..amat memalukan! And ya.. THE BEST NEONATAL UNIT (kalau tak faham maksud neonatal..sila google..jgn main maki je pulak!!!) kalau anda semua nak tahu.. the best adalah dr hospital KERAJAAN bukan hospital swasta!! Tak percaya? Tanyalah pakar2 kanak2 itu sendiri!!

Selain itu warga jururawat yang terlibat dalam kes bayi berdarah ini turut memberikan komen:

salam.. mesti awak dah melihat gambar bayi yang berdarah tu di fb.. amat sedih bg saya kena ia amat tidak adil untuk menghina kami warga jururawat.

saya tahu apa yg saya cakap ni tidak ada berkaitan dgn politik. tapi saya percaya yang ameno adalah orang yg berpaksi pada fakta dan hujah dan bukan fitnah.. penjelasan saya :

1. bayi kebiasaan akan selalu bergerak, situasi sebenar adalah jarum (Branula) di kaki bayi tercabut. itu menyebabkan pendarahan. ini adalah biasa tidak kira dewasa atau bayi

2. saya rasa memang mejadi satu kesalahan nurse jika berlaku ketidaksopanann ketika menjawab soalan pesakit. tetapi pengalaman saya pesakit or saudara susah hendak menerima penjelasan

3. jika terbukti nurse itu bersalah, prosedur semua orang tahu ialah untuk berjumpa dgn ketua jururawat oncall yang sentiasa 24jam ada. boleh melakukan aduan. tema kami ialah KAMI SEDIA MEMBANTU

masalah nye admin saya rasa tidak adil kerana terdapat penghinaan dan kata cacian dari masyarakat. kalau admin tidak percaya dengan hujah saya 1-3 tu boleh rujuk komen di link yang saya akan bagi nanti..

fb orang yang bernama lepo san pun sudah tidak dapat dikesan. malah link original telah delete oleh beliau. saya search di kkm pn tak jumpe

harap admin boleh pertimbangkan untuk bersihkan nama jururawat malaysia.

link yang mengelar kami syaitan

 

LIHAT JUGA:  AWAS! Taktik Mencuri Guna GPS & Handphone Curi

gambar bayi berdarah wad jururawat hospital

Dan ada juga yang menyangkal sikap pembaca yang menghentam dan mencaci pekerjaan nurse:

Sape la korunk ni sume nk menilai org,…. Klu x berada kt tmpt kjdian jgn pndai2 nk komen yg smpi mghina pkerjaan nurse tu…..anda x kerja sbg nurse so xtau ape kerja nurse tu… Anda bkn tuhan yg bole mnilai baik buruk dosa pshala seorg tu, nobody perfect so jgn pndai ckp jek,….. Klu nurse tu syaitan, korunk tu ape kurgnyer sbb mghina pkerjaan org, x ke kwn ngan syaitan….mknanyer korunk pun syaitan gak….. Tq atas sume komen2 anda yg sgt mghina seorg nurse ni….tuhan pasti mmblsnyer….

Ingatlah setiap manusia pernah melakukan kesalahan. Siapalah kita untuk menilai, menghina dan mencaci orang lain. Ada pepatah mengatakan apabila kita bercakap tentang seseorang, kita sebenarnya bukan bercakap tentang dia, tapi kita bercakap tentang diri kita sendiri.

Kesimpulannya, kita sebagai pembaca janganlah menilai terlalu membabi buta. Ingatlah mata yang melihat itu hanya 10%. Lagi 90% adalah kebenaran yang dilalui dengan pengalaman itu sendiri. Janganlah menjadi seperti mamat dalam video di bawah ni. Kerana tak tahu apa-apa habis doktor kena belasah. Adehh kesian..

 

Fit: Orang kata hospital kerajaan ni kelas kedua. Mungkin ada benarnya. Atau mungkin tidak, bergantung kepada sikap dan komitmen setiap pihak dalam hospital itu sendiri. Jika mampu, lebih baik pergi hospital swasta. Nuff said…

(Visited 100 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK