Mar 132013
 

Awas bagi yang sukakan daging proses dan sosej. Kajian menunjukkan makanan tersebut merupakan punca penyakit leukimia dan pelbagai lagi penyakit kanser. Jaga-jaga!

daging proses sosej punca leukimia

Beberapa tahun lepas, satu penemuan membuktikan daging yang diproses dan keju dapat meningkatkan pertumbuham kanser paru-paru. Dan baru-baru ini juga satu kajian di BMC Cancer telah menemui bukti bahawa kanak-kanak yang mengambil daging yang di proses seperti sosej adalah 74% lebih berisiko untuk mendapat penyakit leukimia. Dipercayai nitrit yang diletakkan dalam daging yang diproses akan meningkatkan risiko penyakit kanser. Oleh itu, saintis mengesyorkan untuk menguatkan antioksida dalam badan melalui sayur dan makanan bersoya yang mana akan melawan dan melindungi tubuh dari kanser. – Reuters

Bukan lagi kejutan apabila Dr. Fuhrman turut mengatakan daging yang diproses seperti daging kepingan adalah salah satu pilihan yang paling teruk yang boleh didapati (nasib baik dagin ini tak banyak dijual di Malaysia). Sememangnya tidak digalakkan untuk makan daging kepingan tersebut terutamanya ibu yang mengandung. Wanita yang makan sosej semasa mengandung akan meletakkan bayi mereka dalam risiko untuk mendapat tumor otak selepas dilahirkan.

Kajian lain juga menunjukkan pemakanan yang tinggi lemak seperti saturated meat dapat meningkatkan perkembangan kanser prostat manakala memakan banyak buah dan sayur akan mengurangkan kanser buah dada.

LIHAT JUGA:  (Fakta) Kandungan Serta Bahaya Rokok Kepada Perokok

Info dari diseaseproof

(Visited 186 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK