Mar 182013
 

Dalam kisah dan sejarah Islam, terdapat beberapa Siti yang patut dicontohi oleh seluruh wanita muslimah solehah di luar sana. Artikel ini menerangkan 9 Siti yang dimaksudkan.

9 siti patut dicontohi

Muslimah Solehah

Siapakah 9 Siti tersebut? 

1) Siti Khadijah

– Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang melahirkan anak-anak Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.

2) Siti Fatimah

– Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan satu bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti Aishah

– Beliau isteri Rasulullah yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.

4) Siti Hajar

– Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

LIHAT JUGA:  (Artikel) Beza Dosa Lelaki Dan Perempuan

5) Siti Mariam

– Wanita suci yang mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t untuk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah
– Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yg dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah

– Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8 ) Siti Muti’ah

– Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah

– Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan utk kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

Semoga kita mencontohi peribadi mereka dan mengambil pengajaran untuk mendidik isteri dan anak-anak perempuan kita. Jangan hanya nampak Siti Nurhaliza sahaja sebagai ‘role model’ untuk anak-anak kita. Mungkin kita boleh contohi rakan kita yang bernama Siti Hajar ini yang berdakwah hingga ke saat terakhir dalam hidupnya. Insya-Allah…

Semoga bermanfaat!

(Visited 82 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK