Feb 052013
 

Bagi yang mengalami masalah road tax yang melekat di cermin kereta, bolehlah cuba tips cara tanggal dan pasang road tax kereta dengan betul di bawah. Memang amat berguna bagi pemilik kereta, lori, bas dan lain-lain lagi di Malaysia ni.

tips tanggal pasang road tax cermin kereta

_ _ _ _ _ _ _ _

 

Soalan yang diajukan pada kami:

Betta sp said…cara nie boleh tanggalkan bekas sticker roadtax x? huduh la cermin keta coz xdpt buang bekas roadtax lama

en_me said…camane nk tanggalkan roadtax lamer yg melekat pulakks.. uhuhu..camane nk tanggalkan roadtax lamer yg melekat pulakks.. uhuhu

lalink7 said..kite nak tnye soklan jugak boleh..
kalau nak buang gam2 hasil tempekan road tax yang melekat pada cermin kete tue pakai ini jugak ke?

Jawapan Kami: 
Terima kasih kerana bertanya semua.. Tak tahulah siapa yang mencadangkan dan mencipta roadtax yang kita guna pakai sekarang nih. Nak lekatkan satu hal, kena hati-hati jangan senget. Silap cara, mahu terkoyak roadtax tuh. Selepas setahun, azab pula nak tanggalkan. Bukan lah nak simpan roadtax lama tuh, buat macam mana sekalipun mesti terkoyak juga.

Masalahnya, roadtax tuh biasanya merosakkan cermin kereta. Tak tahulah gam jenis apa yang digunakan. Kadang-kadang tuh, roadtax dah tanggal, gam pula melekat pada cermin. Jadi satu hal pula nak hilangkan kesan gam tuh. Yang menjadi masalah sekarang nih,ramai yang merungut pasal terdapat saki-baki roadtax beberapa tahun lepas masih ada lagi pada cermin kereta mereka.

tips carra tanggal pasang road tax cermin kereta

Itulah masalah yang owner kereta hadapi semasa nak tampal roadtax baru. Susahnya nak tanggal yang lama, Kalau tidak, rosaklah ‘tinted film’ tuh. apasal laa dorang buat roadtax camnih.. yg dulunye lagi senang.. silap-silap rosak laa segala tinted ko yg mahal-mahal tu….atau masalah yang ketara ialah mesti koyak rabak road tax korang kalau tak pandai nak tampal atau masa nak pindahkan roadtax ..

Tips Mudah Tanggalkan Road Tax

Cara pertama:

Menggunakan Hot air tool atau kalau tak ade boleh guna hair drayer.. Salai sticker road tax agak suam-suam nak bagi gam cair dulu. Lepas tu,bolehlah tanggalkan sticker road tax dgn perlahan-lahan.

tips cara tanggal pasang road tax cermin kereta

 

Cara Kedua:

Sebelum nak tanggalkan road tax kat cermin kereta anda .. Silalah jemur kereta anda kat tengah panas dulu dalam 1 jam ke,nak bagi gam dia cair dulu agaknya.Lepas tu,dengan berhati2,bolehlah tanggalkan dengan perlahan-lahan. InsyaAllah takde masalah punya

Tip-Tip nak hilangkan sisa gam Road Tax lama

Cara mudah yang selalu aku praktikkan, Spraykan WD-40 dulu di sekeliling sticker road tax sebelum menanggalkannya.Lepas itu,tanggalkan sticker tu dan tarik perlahan-lahan sehingga semua bahagian sticker dapat ditanggalkan sepenuhnya.

tips cara tanggal pasang road tax cermin kereta

Jika masih terdapat kesan gam pada cermin,Spray sekali lagi WD-40 pada kesan gam tersebut dan biarkan beberapa minit.Tenyeh-tenyeh dengan kain bersih.

Cara Nak Tanggalkan Sisa Gam Roadtax ( cermin bertinted)

Kalau cermin tinted pakai minyak, alkohol atau sepirit, paraffin dan tenyeh la sesedap rasa tp jgn guna pisau atau benda tajam, hati-2 sbb mungkin bley rosakkan plastic tinted tu, dan jgn guna petrol sbb ia mungkin boleh rosakkan plastic tinted tu jugak.

tips cara tanggal pasang road tax cermin kereta

Ade orang buat dengan cara tenyeh-tenyeh gam tersebut guna minyak wangi perfume, minyak masak, baby oil atau spray label off 50. bahan ni juga tidak memudaratkan plastik tinted kereta korang..

LIHAT JUGA:  (Tips) 5 Cara Pilih Buah Durian Yang Terbaik
Cara Mudah tanggalkan sisa gam Roadtax ( cermin tanpa tinted)

klu cermin tak tinted, pakai minyak dan kikis dgn pisau lipat ajerr…pastu sisa gam genyeh pakai petrol, diesel, thinner minyak zippo … pastu sapu balik cermin tu ngan kain bersih…. abis citer

tips cara tanggal pasang road tax cermin kereta

Tapi kalau sisa tu degil susah sangat nak tanggal lagi korang cari Adhesive Remover atau Window Tint off remover.. yang ni power.. cuma boleh guna kalau kereta tu tak bertinted lah..

Tip-Tip nak Pasang Road Tax Baru

Satu tip mudah yang selalu orang gunakan macam mana nak tampal Road tax kat cermin kete nih, so time nak tanggalkan nanti senang sket kerja korang tu..time korang nak tampal road tax kat cermin tu, jangan la tampal roadtax tu cemtu je.. tapi amik plastik lutsinar tipis & cover dulu permukaan road tax tu ngan plastik

tips cara tanggal pasang road tax cermin kereta

1. dapatkan plastik jernih yang sangat nipis (macam plastik tinted kereta tu)

2. potong cun2 dengan saiz roadtax.

3. lekatkan roadtax tu atas plastik tadi

4. kemudian lekatkan plastik yang dah ada rodtax tu kat cermin kereta.

tips cara tanggal pasang road tax cermin kereta

Tinggalkan sket je bahagian gam kat tepi road-tax tu utk lekatkan kat cermin kete…pastu tampal la cam biasa.. so gam yg lekat kat cermin kete tu sket je, so time korang nak tanggalkan nnti pun senang & kompom xde kesan

Tampal Road Tax Guna Holder Plastik

Cantik lah sikit kalau guna holder plastik adelah nampak design sikit.. ade besepah jual kat mana-mana.. pilih ajer lah yg mana cantik

tips cara tanggal pasang road tax cermin kereta

Tanggalkan Road tax sticker dari kertas. dapatkan plastik holder road tax Sticker.lekatkan roadtax tu atas plastik holder tadi. pindah tampal rodtax tu kat cermin keret.bagusnya guna holderplastik ni ialah ianya tidak mencomotkan cermin kenderaan anda.

Cara lain Tampal Road Tax..

tips cara tanggal pasang road tax cermin kereta

Ade kete aku tengok.. tampal skali ngan kertas road tax tuh terus tampal sekeping road tax masuk dalam plastik holder… tuh pun idea yang bagus tak yah susah susah nak ceraikankan road tax sticker dari kertas

Tip Tampal Road Tax klu malas…

tips cara tanggal pasang road tax cermin kereta

Cara orang pemalas jenis ala kadar atau asal boleh.. Diorang gam atau double tape kat setiap penjuru bucu road tax tersebut..

Cara paling Sengal ?

Masuk Road Tax dlm Frame Gambar..

tips cara tanggal pasang road tax cermin kereta
Yang ni cara terlampau cerdik agaknyer siap masuk frame gambar pasal tak mau tampal dan comotkan cermin kereta agaknyerr… Bila kena tahan ngan polis dia akan keluarkan frame road tax tunjuk kat polis… wehhhh road tax wajib tampal dan pamirkan kat sisi cermin kereta bukan masuk dalam frame gambar… adooiiii… sengalnya.. kalau roadblock tau lahh nasib ko…

tips cara tanggal pasang road tax cermin kereta

Tambah pening kepala kalau polis hantar surat cinta, minta tanda tangan …. uhhhh pedih kan…
Ada tak cadangan lain-lain yang boleh membantu nak tanggalkan dan pasang sticker Road tax dengan lebih senang lagi tak…. boleh lah korang kongsi ye….

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks…

Artikel ini di siarkan di blog firestartingautomobil disini

(Visited 600 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK