Feb 182013
 

Satu surat mengatakan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak  letak jawatan telah tersebar di facebook. Surat yang bertajuk ‘PM Secara rasminya meletak jawatan’ tersebut pada awalnya muncul di laman web kerajaan yang dipercayai sebelum itu telah digodam.

surat pm najib razak letak jawatan

Betul ke beliau meletak jawatan?

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman berkata sistem penerbitan dalam taliannya yang menyiarkan “kenyataan palsu” berhubung dakwaan peletakan jawatan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin telah digodam.

Katanya, jabatannya juga telah memadamkan kenyataan berkenaan daripada Sistem e-Akhbar dan Sistem e-Press tersebut.

“Tindakan awal ini adalah bagi mengelakkan sebarang penyebaran oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan seterusnya menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.

“Satu siasatan dalam mengenai perkara ini sedang dibuat oleh Jabatan Penerangan Malaysia. Dan kenyataan akhbar berikut telah dikeluarkan..

surat pm najib razak letak jawatan

 

Macam-macam kes sekarang ni. Tak cukup gaduh di alam realiti, di alam maya pun boleh jadi medan perang..

(Visited 186 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  (Senarai) Nama Kedai Business Online yang Menipu

LIKE KAMI DI FACEBOOK