Feb 062013
 

Drama baru ‘Surat Dari Langit Biru’ akan mengisi slot Samarinda TV3 setiap Selasa hingga Khamis jam 10 malam bermula 6 Februari 2013. Sinopsis & barisan pelakon drama ini nampaknya agak menarik untuk ditonton seisi keluarga.

Sinopsis Pelakon Surat Dari Langit Biru Slot Samarinda TV3

Antara pelakon yang terlibat adalah: 

  • Yana Samsudin sebagai Salmi
  • Johan As’ari sebagai Zarul
  • Fizo Omar sebagai Heykal
  • Tania Hudson sebagai Lisa
  • Fauziah Nawi sebagai Mak Munah
  • Dato’ Rahim Razali

Turut membantu:

  • Nasir Bilal Khan
  • Nabilla Dally
  • Ika Nabila
  • Iqram Dinzly

Dan berikut adalah sinopsis drama tersebut:

Mengisahkan tentang kisah keutuhan kasih dua beradik, Salmi dan Zarul. Hidup dalam keadaan serba kekurangan, Zarul dan Salmi mengharungi kehidupan mereka bersama ibu tercinta, Mak Munah dan juga ayah mereka.

Cinta dan sayang Zarul terhadap Salmi mengatasi kasih terhadap dirinya sendiri. Zarul rela berkorban demi kebahagiaan kakaknya. Heykal yang menaruh perasaan terhadap Salmi sejak di bangku sekolah lagi menyimpan dendam dek cintanya yang tidak terbalas. Kelebihan sebagai anak ketua kampung digunakan sepenuhnya Heykal untuk mendapatkan Salmi.

Salmi yang dipaksa berkahwin bersama Heykal demi melunaskan segala hutang ayahnya pada ayah Heykal berazam mengubah nasib keluarganya. Salmi berjaya menggenggam segulung ijazah dan bergelar seorang doktor. Langit tidak selalunya cerah, Salmi hidup terseksa dalam cengkaman Heykal yang berselindung di sebalik kegiatan haram sebagai sumber pendapatannya.

Bersama adik perempuannya Lisa, Heykal berusaha memutuskan ikatan antara Salmi dan Zarul. Dalam masa yang sama, Zarul menyimpan satu rahsia yang cukup besar dari pengetahuan Salmi. Lisa pula membuat onar dengan tujuan memerangkap Zarul.

Berjayakah Heykal melunaskan rancangan kejamnya? Dapatkah Zarul terus mendamba kasih kakaknya dan apakah rahsia yang dipendamnya selama ini? Saksikan kesudahan cerita ini bermula 6 Februari 2013 dalam slot Samarinda, setiap Selasa hingga khamis jam 10 malam di TV3.

Semoga terhibur :)

(Visited 38 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  (Sinopsis | Pelakon) Rindu Bertamu Di Abu Dhabi - Slot Akasia TV3

LIKE KAMI DI FACEBOOK