Tunaikan ibadah korban anda secara online. Tarikh tutup: 30 Sept 2014


Feb 112013
 

Bermula hari ini drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi akan disiarkan di slot Akasia TV3 menggantikan drama Setia Hujung Nyawa. Barisan pelakon dan sinopsis drama ini nampaknya bakal menjadi fenomena.

Sinopsis Pelakon Rindu Bertamu Di Abu Dhabi Slot Akasia TV3

Antara pelakon yang terlibat adalah: 

  • Fahrin Ahmad
  • Shah Jaszle
  • Tasha Shilla
  • Fouziah Gous
  • Aiman Hakim Ridza
  • Datuk Rahim Razali
  • Lydiawati

Berikut adalah sinopsis drama ini:

Drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi mengisahkan tentang liku-liku hidup seorang lelaki bernama Firdaus (Fahrin Ahmad). Firdaus mengalami konflik keluarga dan cinta. Ain Farohah (Tasha Shila) seorang wanita yang difitnah bersekedudukan sehingga ditangkap khalwat dengan Firdaus.

Firdaus dan Ain terjerat dengan rancangan Faiz (Shahrizal Jaszle) sehingga kedua-dua mereka dihalau oleh bapa Firdaus, Haji Ilham (Dato Rahim Razali). Bagaimanapun, Firdaus bertanggungjawab ke atas Ain dengan menikahinya dan berhijrah ke Abu Dhabi lalu bekerja sebagai jurutera kanan di sebuah syarikat swasta. Aiman Hakim Ridza sebagai adik bongsu kepada Firdaus dan Faiz berusaha untuk menyatukan kembali keluarga mereka. Sebenarnya, Firdaus telah terlebih dahulu mencintai dan bertunang dengan Fatin Zaharah (Fouziah Ghous).

Dapatkah Firdaus mencintai Ain Farohah seperti dia mencintai Fatin? Mampukah Aiman Hakim Ridza menyatukan kembali keluarga mereka? Dapatkah keluarga Firdaus bersatu semula? Saksikan seterusnya di TV3 mulai 11 Februari 2013 setiap Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam di TV3.

Sedutan promo di bawah:

 

 

Semoga terhibur!

Sinopsis Pelakon Rindu Bertamu Di Abu Dhabi Slot Akasia TV3

 

Fit: Semua mantap-mantap dalam cerita ni. Sure boleh pecah rekod tayangan!