Feb 012013
 

Agak kelakar kisah gadis yang bosan dalam laman sosial facebook ni. Dan yang peliknya ada pulak pengkomen misteri yang memberikan komen yang cukup bermakna dan berilmu.

kisah gadis bosan facebook pengkomen misteri

Alih-alih gadis ni marah pulak. Kenapa gadis ni marah? Apakah komen yang beliau dapat? Dan siapakah yang memberikan komen tersebut?

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _  

Suatu malem, si abah terlihat anak gadisnya yang bongsu update status di facebook. Statusnya bertaip:

“Nape la hati ni tak tenang..somebody pls..I need someone..:( “

Maka ramailah jejaka-jejaka mula membalas status tersebut. Ada jejaka hensem, ada jejaka poyo, ada jejaka alim-alim kucing. Semua nak berikan jawapan. ‘Ah, semua hanya nak mengurat!’ getus hati si gadis. Sampailah giliran jejaka yang ke 401.

Jejaka 401 komen:

“Mana hati nak tenang ~;

~ kalau solat pun kurang?

~ tahajjud pun sekali dalam 12 bulan?

~ nangis sujud taubat pada Tuhan pun jarang-jarang?

~ bila sedih kau cari kawan then kau pergi have fun!?

~ bila ada masalah muzik dan lagu yang ko layan. Al-Quran mana nak layan?

~ bila bibir rajin mengumpat, zikrulllah tak pula jadi sebutan?

~ bila study, hormat pada guru dan pensyarah pun kurang?

~ bila tak tenang, mengadu di laman sosial jadi pilihan, tikar sejadah mana nak pandang?

~ bila tak tenang, cari teman buat pasangan tapi tak cari Tuhan buat penunjuk kebenaran?

Tapi yang hairannya bila tengok cerita “Setia Hujung Nyawa”, tenang sungguh perasaan ya sampai nitis air mata. Tengok watak Zain Hakimi terus tenang plak..lulzzz…

Wahai pemilik fb ni, sudah-sudahlah tu membongak~~”

Apabila si gadis terbaca komen jejaka 401, terus dia berang sambil menyumpah seranah sambil gerakkan cursor laju-laju cari button block.

LIHAT JUGA:  (Artikel) Dirang | Syurga Buat Ibu bapa Kehilangan Anak

Then, gadis tu update status baru:

“I dah block mamat poyo mana ntah berlagak macam tahu semua tentang aku. Hey, u just know my name, not my story!”

Si abah tersenyum di bawah meja sambil main laptop. Dalam hatinya berkata,

“Fuh, nasib baik aku dah buat 5 lagi fake accounts. Baru block satu je pon..kah kah kah..kali ni nak guna gambar mamat ensem lak pi tenangkan dia konon²nya kat Message..hik hik hik

Cerita oleh Syabab Musafir Kasih

(Visited 25 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK