Feb 112013
 

Ramai yang bertanya apakah hukum seorang suami meninggalkan isteri bagai digantung tak bertali?

Hukum Suami Meninggalkan Isteri Digantung Tak Bertali

Jawapan dari Ustaz Azhar Idrus: Haram dan berdosa besar kerana berlaku zalim kepada si isteri.

Hukum Suami Meninggalkan Isteri Digantung Tak Bertali

Ada lelaki yang sengaja berbuat demikian kerana ingin membalas dendam. Ia mungkin disebabkan oleh kerana isterinya itu sering meminta cerai dan perkahwinan mereka sudah tidak boleh diselamatkan lagi. Dendam kesumat yang bersarang di dalam hati itulah yang menyebabkan ada sesetengah lelaki enggan melepaskan isteri dengan cara yang baik.

Lelaki berkenaan menggantung status perkahwinannya kerana sengaja tidak mahu isterinya itu dipinang dan berkahwin dengan lelaki lain.

Mereka sesungguhnya lupa dengan firman Allah  yang bermaksud:

“… dan peliharalah isteri kamu dengan baik atau lepaskanlah mereka dengan cara yang baik juga…” (surah al-Baqarah ayat 229)

Ada juga lelaki yang kurang ilmu tetapi ingin berpoligami, lalu dibiarkan isteri pertamanya itu terkontang-kanting. Maka, terseksalah isteri pertama dek kerana perbuatan yang tidak berperikemanusiaan itu. Bagi wanita yang dalam dilema seperti ini, adalah menjadi keharusan untuk memohon perceraian dari mahkamah secara taklik atau fasakh.

Perceraian secara taklik hendaklah mengikut prosedur yang ditetapkan iaitu Seksyen 50 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984, yang memperuntukan bagaimana perceraian taklik boleh disahkan oleh Mahkamah Syariah.

Fit: Kalau kita dah kahwin secara baik, nak lepaskan pun mestilah secara baik. Tapi ingatlah perceraian tu adalah perkara yang Allah tak sukai walaupun halal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 Leave a Reply

(required)

(required)

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>